Selasa, 7 Ogos 2012
Khamis, 22 Mac 2012
Lagi Kemalangan Maut di Jalan Tun Mustapha ....
Pagi ini, Jumaat 23 March 2012, sekali lagi warga Labuan dikejutkan dengan kemalangan maut di Jalan Tun Mustapha, lokasi yang sama dengan kemalangan maut yang lepas-lepas.
Menurut orangramai ditempat kejadian, terdapat 3 atau 4 orang mangsa.. seorang maut manakala yang lain mengalami kecerderaan serius. Menurut mereka lagi kemalangan berlaku sekitar jam 4-5 pagi. Walaubagaimanapun sumber ini tidak sahih.. untuk cerita sebenarnya dapatkan akhbar tempatan esok...
Namun yang menjadi persoalan masyarakat ialah kekerapan kejadian kemalangan maut dikawasan tersebut. Pelbagai mintos cerita yang kedengaran, antaranya ialah kewujudan sebuah tasik dan sepohon pokok ara dikawasan tersebut yang menjadi tempat bermainnya makhluk bunian.
Mungkin ada baiknya, pihak berkuasa memberi perhatian kepada cadangan untuk memasang CCTV di kawasan tersebut, sekurang-kurangnya jika berlaku kemalangan maut ada rakaman yang boleh dijadikan bahan rujukan. Mana tahu benar dakwaan sesetengah pihak ada makhluk yang suka menganggu kenderaan yang lalu di kawasan tersebut.

Ahad, 18 Disember 2011
Surau Durian Tunjung DiTutup .......
Kawasan Surau Baitulmakmur yang terjejas oleh tanah runtuh akibat daripada
kerja-kerja mengorek di Jalan Pohon Batu
kerja-kerja mengorek di Jalan Pohon Batu
Atas faktor-faktor keselamatan Surau Baitulmakmur Kg. Durian Tunjung ditutup serta-merta oleh pihak berkuasa bermula dari 16 hingga 26 Disember 2011.
Pihak Jabatan Agama Islam ( JAWI ) Labuan melarang sebarang aktiviti atau program serta solat berjemaah di surau tersebut selama 10 hari atau mungkin lebih. Surau tersebut tidak selamat akibat tanah runtuh yang berlaku kerana kerja-kerja mengorek tanah yang bagi membesarkan Jalan Pohon Batu.
Gagak.... Pemimpin Melayu & Islam perlu bersuara dalam isu ini, banyak suara qariah kampung yang perlu ditangani segara, antaranya ialah isu solat Jumaat.... kini jemaah surau ini terpaksa menumpang solat jemaah di kampung berhampiran seperti Kg. Pantai, Bukit Kalam, Tg. Aru dan Lajau...
Isnin, 29 Ogos 2011
Buat Semua Rakan Bicaragagak.blogspot..." Selamat Menyambut Merdeka Raya 2011 ".
Kehadiran YB Ahli Parlimen Labuan di Pertandingan Bercucul Kg. Pohon Batu pada malam raya ( 29 Ogos 2011) memeriahkan lagi malam raya di Kg. Pohon Batu
Terlebih dahulu Gagak mohon maaf kepada semua rakan-rakan blog bicaragagak ini kerana agak selalu tidak update.. bukan disengajakan tetapi disebabkan oleh Laman Sosial FaceBook yang sudah berstatus Breakfast dalam kehidupan harian GAGAK. Namun begitu blog ini akan terus aktif dengan catatan senario Bumi Labuan untuk perkongsian, renungan dan pengetahuan kita bersama...
Gagak juga ingin merakamkan ucapan terimakasih atas kesetiaan, minat, teguran, hantaran sms pandangan dan perkongsian rakan-rakan blog Bicaragagak selama ini.
Untuk catatan Merdeka Raya ini Gagak kongsikan foto Malam Raya (29 Ogos 2011) di Kg. Pohon Batu yang turut dihadiri oleh YB Datuk Hj. Yussof Hj. Mahal Ahli Parlimen Labuan yang hadir sekitar jam 11:00mlm.

Selamat Menyambut Merdeka Raya Buat Semua Rakan Blog Bicaragagak.
Gagak : sesungguhnya rata-rata warga Labuan mengakui YB Labuan ni amat rapat dengan rakyatnya.. beliau mampu bergerak sendiri meninjau dan menzirahi orang kampung tanpa perlu kepada protokol... teruskan usaha memajukan bumi Labuan dibawah Panji BN & UMNO..
Selasa, 2 Ogos 2011
Kembara Ramadhan 1432 - Jelajah Surau & Masjid Di Pulau Labuan
Kembara Ramadhan 2011M / 1432H telah bermula semalam dengan aktiviti berbuka puasa di Masjid Jamek An-Nur dan kemudian peserta konvoi bergerak ke Suaru Kg Patau-Patau 2 untuk solat Tarakwih dan Tadarus Al-Quran.
Program pada tahun ini agak meriah dengan penyatuan Jabatan, Agensi dan Pemimpin serta NGO's yang bersama-sama dalam konvoi pada kali ini. Antara jabatan yang bersama ialah Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Jabatan Muzium, JASA, KEMAS, Jabatan Perpaduan, Majlis Keselamatan Negara, POLIS, Jabatan Belia & Sukan, JAWI, Pejabat Ahli Parlimen, PEMUDA Umno Bahagian Labuan, Pertubuhan USIA dan beberapa Jabatan, agensi dan pertubuhan yang lain.
Pada 14 Ogos ini, konvoi ini akan berada di Sipitang Sabah, bergabung dengan konvoi dari Sabah dan Sarawak untuk upacara perasmian.
Gagak : Jom nantikan ketibaan Konvoi di Surau dan Masjid anda.....Transfomasi Berjaya, Rakyat Sejahtera....

Selasa, 19 Julai 2011
SOLAT DI SURAU BANDAR LABUAN...
Surau Jalan Merdeka Bandar Labuan yang bernilai hampir RM 400 ribu kini sudah dibuka kepada orangramai. Khabarnya surau ini terbina hasil daripada desakan dan permintaan oleh Persatuan India Muslim Labuan.
Surau yang terletak di Jalan Merdeka berhampiran dengan Restoran Deaf Sea ini mampu menampung kira-kira seramai 200 jemaah pada satu-satu masa. Rata-rata umat Islam menyembut baik dan berterimakasih kepada kerajaan kerana atas pembinaan surau tersebut.
Gagak : Ada rakan Gagak kata Persatuan India Muslim memohon kepada semua peniaga India Muslim di Bandar Labuan menutup permis mereka pada setiap Jumaat dari jam 12:30Tgh-1:30Tgh untuk menunaikan Solat Jumaat berjemaah. Namun yang hairanNya AJK Masjid Jamek An-Nur tidak pun pedulikan perhal peniaga di perkarangan Masjid An-Nur yang masih setia dengan perniagaan mereka walaupun Khatib sudah membaca Kuthbah...
Rabu, 29 Jun 2011
BERSIH 2.0 - Majlis Belia Labuan " Kami Bantah !"
Kepimpinan Majlis Belia Labuan yang mewakili 23 buah persatuan belia di W.P Labuan telah membuat Laporan Polis membantah Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih & Adil ( BERSIH) 2.0 yang dijadulkan pada 9 Julai di tiga lokasi di Kuala Lumpur iaitu di Pusat membeli belah SOGO, Masjid Kampung Baru dan Bangunan DBKL..
Tidak dapat dinafikan kesan negatif berikutan Perhimpunan BERSIH 1.0 pada tahun 2007 yang lalu sepatutnya dijadikan pengajaran. Antara kesan negatif tersebut ialah kemusnahan imej MALAYSIA di mata dunia, Kerosakan harta benda, Keruntuhan moral rakyat yang berhimpun dan imej rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat lemah lembut dan menghormati orang lain tercalar......
Gagak ... Pemimpin Belia Labuan ni kira okey jua la.. jaga dan kawal ahlinya.. setakat yang Gagak tahu 2 NGO sudah buat laporan polis di Labuan bantah BERSIH 2.0 ni.. tapi mana perginya pemimpin politik Labuan ah? Sunyi Je...

Langgan:
Catatan (Atom)