Rabu, 29 Jun 2011

BERSIH 2.0 - Majlis Belia Labuan " Kami Bantah !"



Kepimpinan Majlis Belia Labuan yang mewakili 23 buah persatuan belia di W.P Labuan telah membuat Laporan Polis membantah Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih & Adil ( BERSIH) 2.0 yang dijadulkan pada 9 Julai di tiga lokasi di Kuala Lumpur iaitu di Pusat membeli belah SOGO, Masjid Kampung Baru dan Bangunan DBKL..

Tidak dapat dinafikan kesan negatif berikutan Perhimpunan BERSIH 1.0 pada tahun 2007 yang lalu sepatutnya dijadikan pengajaran. Antara kesan negatif tersebut ialah kemusnahan imej MALAYSIA di mata dunia, Kerosakan harta benda, Keruntuhan moral rakyat yang berhimpun dan imej rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat lemah lembut dan menghormati orang lain tercalar......

Gagak ... Pemimpin Belia Labuan ni kira okey jua la.. jaga dan kawal ahlinya.. setakat yang Gagak tahu 2 NGO sudah buat laporan polis di Labuan bantah BERSIH 2.0 ni.. tapi mana perginya pemimpin politik Labuan ah? Sunyi Je...

Tiada ulasan: