Sabtu, 8 Januari 2011

SinonimNya Kompleks Sukan Labuan Dengan YAB Perdana Menteri..



Papan Tanda Perasmian Kompleks Sukan Labuan jelas tertera nama YAB Perdana Menteri yang pada ketika itu menjawat jawatan selaku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia. Majlis perasmian telah diadakan pada tarikh 5 Oktober 1986.
26 Febuari 2011, YAB Perdana Menteri dijadulkan akan melawat Pulau Labuan bagi menyempurnakan beberapa majlis perasmian projek kerajaan dan kemuncaknya ialah Majlis Perasmian Penutup Hari Wilayah di Dataran Labuan. YAB Perdana Menteri juga dijadualkan akan bertemu dengan pemimpin dan rakyat Labuan dalam satu majlis yang dikelolakan oleh kepimpinan BN Labuan.

Kompleks Sukan Labuan akan sentiasa mengingatkan rakyat Labuan terhadap jasa YAB Perdana Menteri terhadap pembangunan belia dan sukan di Labuan.


Gagak...
adalah lebih elok dan meriah jika program YA
B Perdana Menteri bersama pemimpin dan rakyat Labuan diadakan di Kompleks Sukan Labuan, ini kerana Kompleks Sukan Labuan akan mengimbas kembali kenengan beliau 20 tahun yang lalu... situasi ini pasti akan membuat YAB ceria dan gembira...

Tiada ulasan: