Dari Sahabat Ku Hafiz Shah...

Banyak
status sekarang memperlihatkan betapa rakyat Malaysia khususnya dari
semenanjung, yang naif tentang perihal kehidupan dan sensitiviti
masyarakat Sabah, Sarawak dan WP Labuan. Kepada sahabat yang berada di
semenanjung, luaskanlah pemandanganmu tentang kehidupan di sini. Kini,
genah 6 tahun saya di Labuan, telah membuka luas mata dan pengalaman
saya tentang the other side of Malaysia that was neglected.
Di
sini, kehidupan sama seperti di semenanjung kecuali sunrise dan sunset
sejam ahead dari semenanjung, tetapi masih berkongsi zon masa yang sama.
Kalau di semenanjung ada India, Malaysia, dan Cina, tetapi di sini
mempunya perpuluh2 bangsa dan etnik, tetapi masih get along together.
Biarpun ada yang masih tinggal di pedalaman untuk mengekalkan
persekitaran nenek moyang mereka, tetapi tidak seperti yang disangkakan /
dilihat di dalam TV.
Selalunya kita dari semenanjung ni hanya
mengenal kehidupan di Borneo ini dari iklan2 melawat Malaysia di TV.
Kita disuap oleh iklan tersebut : rakyat borneo yang memakai pakaian
tradisional seperti cawat, bermain alatan muzik tradisional dan
menyumpit. Ini hanyalah teknik promosi. Menurut seorang rakan, Iklan
Melawat Malaysia yang ditayangkan di dalam penerbangan MASWing, terdapat
seorang penyumpit yang bertatoo - di dunia sebenar, dia adalah seorang
Hakim!
Hakikatnya, semua agenda tradisional seperti menari
dengan pakaian tradisional ini hanya dilakukan ketika ada upacara
keramaian demi mengekalkan adat dan tradisional. Piring-piring Astro
Beyond berada di setiap rumah biarpun sekecil-kecil rumah air. Kereta
pacuan 4 roda, Motocross, grup fotografi, shuffle, hip hop, gothic,
semuanya trend ada di sini. Personally saya boleh katakan, budaya
shuffle di sini lebih hebat berbanding di semenanjung.
Dari
segi seni suara. tidakkah kita lihat bahawa sudah ramai penyanyi dari
Borneo menembusi bidang seni suara dan mempunyai suara yang unik? Terima
kasih kepada Mentor, Malaysian Idol, dan Akademi Fantasia yang mencari
bakat terpendam di Pulau Borneo ini. Adira, Hafiz, Stacy, Adam adalah
contoh yang kita kenali. Kalau anda nak tahu, di sini, karaoke merupakan
acara kekeluargaan. Mereka lebih suka berkaraoke di rumah bersama ahli
keluarga, bukan seperti kita di semenanjung yang terpaksa mencari K-Box
demi melontarkan suara. Kebanyakan rakyat Borneo mempunyai suara yang
lunak merdu. Kalau berkaraoke, kebanyakan memilih lagu2 inggeris dan
menyanyikan tanpa pelat!
Kebanyakan sahabat saya mendidik anak2 mereka dalam bahasa inggeris biarpun mereka dari berbilang etnik Borneo.
Kepada mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke pulau Borneo ini,
buang segala tanggapan buruk yang ada di fikiran anda dan anda dijemput
menikmati sendiri pengalaman di Borneo ini. Kita selalu tertipu dengan
iklan dan paparan yang ditonjolkan di TV.
Ingin saya kongsikan
pengalaman yang pernah saya lalui ketika berada di Perancis. Sebelum
terbang ke sana, saya sudah terbayangkan keseronokan di sana. Sejuk,
suasana nyaman, bangunan indah, Eiffle Tower dan pelbagai lagi. Tetapi
setelah menjejakkan kaki ke sana, saya mula berasa tidak selesa. 6
minggu terasa sangat lama. Sejuk yang melampau membataskan pergerakan.
Bibir kering dan merekah. Nak makan pun seksa kerana pedih bibir.
Komunikasi dengan rakyat sekitar adalah sangat menjengkelkan kerana tak
ramai yang tahu inggeris, serta mereka juga tak peramah seperti yang
disangkakan. Pergi ke Gare du Nord, bersepah golongan gelandangan.
Kawasannya kotor. lebih kotor dari Malaysia. Sampah merata-rata. Harga
barangan juga tersangatlah mahal. berbelanja di pasaraya untuk membeli
makanan basic sahaja sudah mencecah RM120. Makanan halal seperti sesuatu
yang eksotik di sana. Mahal dan sangat sedikit dijual di pasaraya.
Jadi, janganlah kita mencanang kenaifan kita. Datang dan lawatlah
sendiri rangkaian negeri2 di pulau Borneo ini. Sepanjang saya di Labuan,
tidak pernah sekali pun saya jumpa orang pakai cawat, jalan2 sambil
pegang sumpit. Padahal di Malaysia juga ada orang asli. McD, Old Town,
KFC, Pizza Hut ada terdapat di sini. Tidak perlulah bawa Maggi untuk ke
Borneo kerana takut tiada makanan yang sesuai untuk dimakan di sini.
Makanan disini halal dan beraneka, dengan sentuhan citarasa Borneo.
Apa yang membuatkan saya menulis panjang lebar adalah kerana terlihat
beberapa post di Facebook yang kecoh pasal segelintir rakyat semenanjung
yang merendah-rendahkan taraf orang Borneo. Jangan kerana nila setitik,
rosak susu sebelanga. Jangan kerana hanya segelintir manusia naif, maka
seluruh orang semenanjung menjadi bahan benci orang Borneo.
p/s: Labuan adalah sebuah negeri Wilayah Persekutuan. Bukan di bawah
naungan Sabah lagi. Tidak ramai yang tahu. Jika anda lihat Astro Awani
106, dan tekan butang MERAH dan pilih Info Solat, hanya ada Sabah dan
Sarawak, manakala Wilayah Persekutuan masih lagi di kategorikan di bawah
Sabah oleh Astro..
https://www.facebook.com/muhammadhafizmohdshah/posts/10151078073314752
Tiada ulasan:
Catat Ulasan