Khamis, 22 Mac 2012

Lagi Kemalangan Maut di Jalan Tun Mustapha ....

Kereta Mangsa Yang Remuk Teruk... Takziah Kepada Keluarga Mangsa..

Pagi ini, Jumaat 23 March 2012, sekali lagi warga Labuan dikejutkan dengan kemalangan maut di Jalan Tun Mustapha, lokasi yang sama dengan kemalangan maut yang lepas-lepas.

Menurut orangramai ditempat kejadian, terdapat 3 atau 4 orang mangsa.. seorang maut manakala yang lain mengalami kecerderaan serius. Menurut mereka lagi kemalangan berlaku sekitar jam 4-5 pagi. Walaubagaimanapun sumber ini tidak sahih.. untuk cerita sebenarnya dapatkan akhbar tempatan esok...

Namun yang menjadi persoalan masyarakat ialah kekerapan kejadian kemalangan maut dikawasan tersebut. Pelbagai mintos cerita yang kedengaran, antaranya ialah kewujudan sebuah tasik dan sepohon pokok ara dikawasan tersebut yang menjadi tempat bermainnya makhluk bunian.

Mungkin ada baiknya, pihak berkuasa memberi perhatian kepada cadangan untuk memasang CCTV di kawasan tersebut, sekurang-kurangnya jika berlaku kemalangan maut ada rakaman yang boleh dijadikan bahan rujukan. Mana tahu benar dakwaan sesetengah pihak ada makhluk yang suka menganggu kenderaan yang lalu di kawasan tersebut.

Tiada ulasan: