
kerja-kerja mengorek di Jalan Pohon Batu
Atas faktor-faktor keselamatan Surau Baitulmakmur Kg. Durian Tunjung ditutup serta-merta oleh pihak berkuasa bermula dari 16 hingga 26 Disember 2011.
Pihak Jabatan Agama Islam ( JAWI ) Labuan melarang sebarang aktiviti atau program serta solat berjemaah di surau tersebut selama 10 hari atau mungkin lebih. Surau tersebut tidak selamat akibat tanah runtuh yang berlaku kerana kerja-kerja mengorek tanah yang bagi membesarkan Jalan Pohon Batu.

Gagak.... Pemimpin Melayu & Islam perlu bersuara dalam isu ini, banyak suara qariah kampung yang perlu ditangani segara, antaranya ialah isu solat Jumaat.... kini jemaah surau ini terpaksa menumpang solat jemaah di kampung berhampiran seperti Kg. Pantai, Bukit Kalam, Tg. Aru dan Lajau...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan