Selasa, 2 Ogos 2011

Kembara Ramadhan 1432 - Jelajah Surau & Masjid Di Pulau Labuan

Kembara Ramadhan 2011M / 1432H telah bermula semalam dengan aktiviti berbuka puasa di Masjid Jamek An-Nur dan kemudian peserta konvoi bergerak ke Suaru Kg Patau-Patau 2 untuk solat Tarakwih dan Tadarus Al-Quran.

Program pada tahun ini agak meriah dengan penyatuan Jabatan, Agensi dan Pemimpin serta NGO's yang bersama-sama dalam konvoi pada kali ini. Antara jabatan yang bersama ialah Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Jabatan Muzium, JASA, KEMAS, Jabatan Perpaduan, Majlis Keselamatan Negara, POLIS, Jabatan Belia & Sukan, JAWI, Pejabat Ahli Parlimen, PEMUDA Umno Bahagian Labuan, Pertubuhan USIA dan beberapa Jabatan, agensi dan pertubuhan yang lain.

Pada 14 Ogos ini, konvoi ini akan berada di Sipitang Sabah, bergabung dengan konvoi dari Sabah dan Sarawak untuk upacara perasmian.

Gagak : Jom nantikan ketibaan Konvoi di Surau dan Masjid anda.....Transfomasi Berjaya, Rakyat Sejahtera....

Tiada ulasan: