Khamis, 9 Disember 2010

Ketua Anak Negeri & Hak Peribumi Anak Labuan... Enakman Wilayah Persekutuan Labuan 1984 di Rujuk !

Cadangan untuk meletakkan Labuan di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan telah dibuat oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Mohd. Salleh pada 1 Ogos 1983, apabila beliau menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Sabah sedang mengkaji kemungkinan menjadikan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.

Sungguhpun Labuan menjadi Wilayah Persekutuan, ia tidak akan menjadi sebahagian daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaraan Labuan akan terus mentadbir pulau Labuan. Bentuk dan struktur pentadbiran pulau Labuan tidak akan berubah. Namun demikian, Labuan akan diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Wilayah persekutuan dan Menteri Wilayah Persekutuan.

Pertukaran taraf Labuan sebagai Wilayah Persekutuan telah diluluskan oleh Kabinet Persekutuan, Majlis Raja-Raja, Majlis Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Sabah dan pada 8 Mac 1984, Dewan Undangan Negeri Sabah telah bersidang untuk meluluskan Enakman Wilayah Persekutuan Labuan 1984 yang dibentangkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Mohd. Salleh di bawah Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan.

Ketika membentangkan Enakmen itu Ketua Menteri Sabah menyatakan persetujuan telah dicapai dengan Kerajaan Persekutuan bagi memelihara hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia berasal dari Sabah dan menetap di Labuan.

Perjanjian yang dibuat dengan Kerajaan Persekutuan itu mengandungi peruntukan-peruntukan berikut :-

1. Rakyat Malaysia yang berasal dari Sabah yang bermastautin dalam Negeri ini dan di Labuan boleh berulang alik secara bebas menyeberangi kedua-dua sempadan.

2. Hak dan keistimewaan Pribumi Labuan dari segi perlembagaan akan mendapat perlindungan yang sama seperti yang dinikmati oleh saudara-saudara mereka di tanah besar Negeri Sabah.

3. Hak harta penduduk Labuan tidak akan terjejas. Semua harta dan kepentingan berkenaan dengan tanah, perlombongan dan perhutanan yang dipegang oleh mana-mana orang melalui Kerajaan Negeri Sabah akan terus dipegang sedemikian melalui Kerajaan Persekutuan mengikut syarat-syarat yang sama sebagaimana dipegang melalui Kerajaan Negeri Sabah.

Gagak.. kalau merujuk kepada Enakmen Wilayah Persekutuan Labuan 1984, Ketua Anak Negeri sepatutnya diletakkan dibawah Perbadanan Labuan ketika ini....Persoalanya terpakaikah lagi Enakmen Wilayah Persekutuan 1984 atau tiada siapa yang tahu tentang enakmen ini...Mungkin ada kebenarnya kata-kata seorang tokoh politik tempatan, peranan Ketua Anak Negeri lebih menjurus kepada pengurusan dan pentadbiran 27 buah kampung di Labuan... sama-sama kita fikir dan perjuangkan demi masa depan anak-anak Labuan dan menjaga hak istimewa pribumi Labuan...

Tiada ulasan: