Ahad, 21 November 2010

Penjawat Awam Sebagai Ketua Kampung..... MAMPUKAH ?

Barisan Ketua-Ketua Kampung 2011 - 2012.. Selamat Bertugas...

Seperti yang umum telah sedia maklum, pada 20 November 2010, sabtu lepas telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Ketua Kampung. Seramai 11 muka baru dilantik dan 16 ketua kampung sedia ada dikekalkan untuk penggal 2011/2012 berkuatkuasa 1 November 2010.

Daripada 11 muka baru tersebut terselit seorang penjawat awam yang masih berkhidmat sepenuh masa dengan kerajaan. Beliau merupakan seorang ketua kepada sebuah institusi pendidikan di Pulau Labuan. Persoalannya mampukah beliau melaksanakan tanggungjawab untuk dua tugas yang berbeza kepada dua majikan yang berasingan serta permintaan dua kelempok pelanggan yang berbeza.

Selaku ketua kampung beliau memerlukan tumpuan dan komitmen 24 jam dalam sehari dan 168 jam dalam seminggu. Bersedia untuk berkhidmat kepada lebih 74 buah jabatan dan agensi kerajaan di Pulau Labuan selaku pintu masuk kepada program di kampung beliau. Dan selaku penjawat awam pastinya KPI beliau ialah pencapaian kecemerlangan pendidikan dalam institusi yang beliau ketuai. Majikan beliau juga pastinya mahukan perkhidmatan yang terbaik dari beliau.

Apa pun Gagak doakan mudah-mudahan beliau diberikan kekuatan untuk menjadi pemimpin dan ketua yang berkelibar kepada kedua-dua bidang ini, walaupun hakikatnya bukan mudah. Mungkin e mail seorang rakan ini boleh dijadikan slogan beliau " Rakyat dan Pelajar DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan "......

Gagak... daripada 11 muka baru tu.. ada kalangan mereka yang pernah menjadi ketua kampung dahulu, tetapi mereka lepaskan jawatan ketua kampung kerana memberi tumpuan kepada perkhidmatan dalam kerajaan... gagak rasakan majikanNya mesti pusing punya la...

Tiada ulasan: