Khamis, 18 November 2010

11 Gugur, 16 Kekal.. Isu Ketua Kampung Labuan

Barisan Ketua Kampung 2008 - 2010
Isu perlantikkan Ketua-Ketua Kampung di Labuan akan terurai dalam Majlis Penyerahan Watikah Ketua-Ketua Kampung bagi sesi 2011 esok 20 November 2010 di sebuah hotel terkemuka di sini.

Daripada maklumat yang sampai ke kotak e-mail bicaragagak, 11 Ketua Kampung akan melepaskan jawatan mereka atas pelbagai faktor antaranya faktor kesihatan, faktor usia dan prestasi yang kurang memuaskan. Manakala 16 Ketua Kampung masih dikekalkan untuk sesi 2011.

Khabarnya majlis tersebut akan dihadiri oleh Ahli Perliman Labuan dan Pengerusi Perbadanan Labuan.

Gagak ... ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ketua-ketua kampung atas jasa mereka selama memegang jawatan ketua-ketua kampung.. kepada yang baru dilantik selamat melaksanakan tanggungjawab..

Tiada ulasan: