Khamis, 16 Disember 2010

Laman Sosial FaceBook Jadi Lokasi Suara Rakyat Labuan....

Laman sosial FaceBook sudah semakin popular dikalangan pemimpin dan rakyat Labuan ketika ini. Kebelakangan ini FB dijadikan loksi pertemuan dan pertembungan pendapat dan pandangan rakyat Labuan untuk membahaskan dan mendebatkan perihal situasi politik dan pembangunan Labuan.

Perbagai perkara menjadi topik perbahasan dan perdebatan anak-anak Labuan yang meliputi pelbagai peringkat umur. Antara yang paling hebat dibahaskan dan disuarakan ialah Pembinaan Jambatan Labuan Menumbok dan Kedudukan Kepimpinan UMNO Bahagian Labuan ketika ini. Tidak terkecuali usaha meraih sokongan yang disuarakan oleh pemimpin belia untuk mengadakan perhimpunan raksasa pada tahun depan.

Ini adalah Laman Sosial FB yang paling banyak mendapat komen sekitar 109 sehingga petang 17 Disember 2010. Di Post pada 7 Disember dengan catatan Pemimpin Labuan Ketika Ini Tepuk Dada Tanya Selera.... masih terus mendapat perhatian sehingga petang 17 Disember.....

Gagak.. semoga usaha ini mendapat perhatian pemimpin di atas sana.. Gagak pecaya dan amat yakin setiap perkara yang dilakukan pasti ada matlamat dan visiNya.. FB ini hanya sebagai salah satu medium atau media sahaja namun kadangkala ia amat berkesan untuk menyampaikan maklumat.. Kepada pemimpin Ku jenguk-Jenguk FB orang Labuan...

Tiada ulasan: