
Gagak .... Datuk Suhaili adalah antara pemimpin Labuan yang Gagak kagumi.. kebolehan beliau berpidato amat hebat dan tidak ramai pemimpin Labuan yang memiliki kebolehan berpidato seperti Datuk Suhaili. Gagak ingat lagi Dato Suhaili adalah satu-satunya warga Labuan yang pernah berucap di Bangunan PBB New York USA.
Datuk Suhaili merupakan anak jati Labuan yang merealisasikan perjanjian ketika Labuan menjadi Wilayah Persekutuan iaitu dalam tempoh 10 tahun Labuan seharusnya ditadbir sendiri oleh anak jati Labuan.
Apa pun Gagak sekeluarga mendoakan Datuk dan keluarga sentiasa dirahmati, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan.. insyallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan