Khamis, 11 Mac 2010

Hari Keluarga 2010 - Parti Bersatu Sabah ( PBS ) Labuan

Parti Bersatu Sabah ( PBS ) Bahagian P 166 Labuan akan mengadakan hari keluarga 2010 pada 14 Mac 2010 ( Ahad ) bertempat di Padang Majal Kg. Pohon Batu.

YB Datuk Jahid Jahim Ketua Pemuda PBS Pusat merangkap Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri N 9 Tamparuli dijangka akan merasmikan perhimpunan keluarga PBS Labuan tahun ini.

Pelbagai acara sukaneka telah dirancang, tapi yang paling menarik perhatian gagak ialah perlawanan persahabatan bolasepak antara Pasukan PBS dan Pasukan Radio Malaysia Labuan.


Gagak... RML mesti menang punya la... buat rakan-rakan media jom serbu Padang Majal hari Ahad ni...

Tiada ulasan: