Khamis, 4 Mac 2010

CERAMAH PERDANA 1 MALAYSIA DAPAT SOKONGAN PADU WARGA LABUAN...

Ceramah Perdana 1 Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Labuan mendapat sokongan padu dari warga Labuan. Hampir 2 ribu orang telah membanjiri Dewan Ujana Kewangan Labuan semalam untuk mendapatkan maklumat yang tepat, jelas dan benar berhubung Gagasan 1 Malaysia yang telah menjadi agenda utama kerajaan hari ini.

Program ini yang merupakan " Road Show " YBhg Dato Hj. Shahlan Ismail Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri untuk bertemu sendiri dengan warga Labuan bagi meyampaikan hala tuju 1 Malaysia dan peranan warga Labuan dalam gagasan 1 Malaysia khususnya penjawat awam di Labuan.

Kunjungan Setiausaha Politik Perdana Menteri ke Labuan juga telah menemuikan beliau dengan pemimpin tertinggi di Labuan yang berjuang untuk memastikan Labuan mendapat perhatian serius kerajaan pusat khususnya dalam beberapa isu hangat yang boleh mengugat kewibawaan kerajaan BN di Labuan.

ribuan warga Labuan hadir menyokong Gagasan 1 Malaysia


Apa pun terima kasih kepada Jabatan Penerangan Labuan yang telah berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai mata dan telinga kerajaan di Labuan. Khabarnya selepas ini YAB Perdana Menteri akan datang sendiri ke Labuan sebelum hari raya nanti.


GAGAK....Program ini telah berjaya membuktikan warga Labuan masih bersatu....sama-sama kita nantikan kedatangan YAB Perdana Menteri ke Bumi Labuan buat pertama kalinya tahun ini...

Tiada ulasan: