Selasa, 25 Ogos 2009

Saf Depan.. Saf Belakang...!

Catatan pagi ini, berkongsi pemerhatian semalam di Masjid kampung ku. Semalam orang-orang kenamaan di Labuan berkunjung ke Masjid di Kampung Ku antara yang datang ialah pemimpin USIA Labuan, Ketua Pemuda serta Ahli Perliman Labuan.

Khusyuk solat sunat Tarawikh ku, tergelincir seketika apabila melihat gelagat dua remaja di saf hadapan melakukan aktiviti sedang tuan iman khusyuk membaca surah. Rehat antara dua rakaat tarawikh , minda ku mula bermain memikirkan gelagat dua remaja tadi.

Sesungguhnya Allah itu mencipta sesuatu dengan cukup sempurna. Mata dan penglihatan antara ciptaanNya yang dipinjamkan kepada makhluknya. Mata cukup sempurna bila melihat kehadapan tetapi tidak boleh melihat apa yang ada di belakang. Sebab itulah, kita hanya boleh berjalan dan bergerak dengan sempurna apabila kehadapan dan terjatuh bila berundur ke belakang.

Dalam perjuangan ini, kita boleh melihat kehadapan, menilai, memerhati dan merancang untuk esok, tetapi jangan pula kita lupa akan pengalaman kemarin yang telah mendewasakan kita. Sama seperti konsep mata dan penglihatan tadi, tuhan pinjamkan nikmat melihat kehadapan dan perkara yang dibelakang hanya boleh kita ketahui dengan minda dan akal fikiran.

Buat pemimpin Ku jangan asyik dengan saf depan, apa salahnya sekali sekala duduk di saf belakang, kerana bila di belakang kita boleh memandang apa yang ada di hadapan tetapi bila di depan kita buta apa yang berlaku di belakang...

Tiada ulasan: