Rabu, 26 Ogos 2009

Jalur Gemilang Orang Kampung Dengan Jalur Gemilang pihak Berkuasa Tempatan.. eh ! MALU LA !

Gagak malas mahu tulis panjang-panjang, guna Tag Line Nabil la.. Lu Fikir la Sendiri.

Foto di atas tu adalah Jalur Gemilang, Bendera Labuan dan Bendera Wilayah Persekutuan yang sudah lusuh, koyak, dan menjijikkan pandangan, tapi masih berkibar di sepanjang Jalan Tun Mustapha iaitu jalan utama orang Labuan untuk ke bandar Labuan. Rasanya bendera-bendera tu atas tanggungjawab pihak berkuasa tempatan. Mereka juga merupakan Pengerusi Sembutan Hari Kemerdekaan Ke 52 Tahun peringkat Labuan.

Yang ni pula Jalur Gemilang, Bendera Labuan dan Bendera Wilayah Persekutuan yang dikibarkan oleh orang-orang kampung Labuan. Jalur Gemilang yang masih kelihatan MEGAH & GAGAH, Bendera Labuan yang masih jelas HARMONI dan Bendera Wilayah Persekutuan Labuan yang masih CERIA. Harian kenapa kibaran di Kampung lebih indah daripada kawasan Pihak Berkuasa Tempatan?

Buat sahabat-sahabat gagak di Kementerian Wilayah tu yang selalu singgah di blog gagak, tolong la buat pangilan percuma kepada rakan-rakan di Labuan. Mungkin mereka kuat tidur di bulan Ramadhan ni.

2 ulasan:

bluehope berkata...

Org kampung lbih bsemangat dan bjiwa patriotik la agaknya. Org bandar busy dgn tugas2 masing. Tapi nampak tahun ni mmg kibaran Jalur Gemilang agak kurang meriahnya. Sbb dh meriah sesangat masa bkempen. Perasaang dh takde lagi!

Ramlen Salleh berkata...

bluehope..ya la agaknya kan! org2 bandar sudah lali & lalai pasal tarikh 31 Ogos.. banyak lagi tarikh lain yang diorang mahu ingat..
Pasal kempen tu.. agaknya lepas raya di DUN Lunas kan..