Isnin, 24 Ogos 2009

Satu Perjuangan...

" Sang Singa jika tidak meninggalkan hutannya tidak akan garang, Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran " ( Beirut : Dar al-sadir ). Pencarian hari ke -4 dalam bulan Ramadhan 1431 menemukan peribahasa arab yang amat berguna sebagai azimat dalam menempuh perjuangan ini.


Siapakah dikalangan manusia yang tahu akan nasib mereka di hari esok ? Mungkin kita hanya boleh menjangka atau mungkin kita boleh merancang, tapi yang pasti kita hanya akan tahu bila masa dan waktu itu tiba.


Dalam merentasi liku-liku perjuangan ini, tiada lain tempat untuk kita bertaut melainkan bergantung harapan kepada Pencipta. Tawakal dan usaha, dua perkara yang perlu berjalan seiring dalam perjuangan. Tawakal satu perkatan yang cukup mudah untuk disebut, tetapi hakikatnya, ia amat sukar dalam roh dan kehidupan manusia. Usaha pula merupakan satu tindakan secara fizikal dan mental yang akan memestikan langkah terus gah merentasi duri dalam perjaungan.


Pencarian dalam perjuangan ini akan terus berlaku. Mungkin esok ada lagi sesuatu yang baru bakal ku temui. Sehingga kini satu yang amat membahagiakan hidup ini ialah jiwa ini benar-benar bergantung harap kepada Pencipta. Semoga kita semua diselamatkan dalam pencarian dan perjuangan ini.

Tiada ulasan: