Selasa, 2 Mac 2010

JELAJAH CERAMAH 1 MALAYSIA

Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Pesekutuan Labuan akan mengadakan Ceramah Perdana 1 Malaysia pada 4 Mac 2010 ( Khamis ), bermula jam 2.00 tengah hari bertempat di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan.

Program ini merupakan Info Jelajah Penerangan berkaitan dengan pemahaman 1 Malaysia yang dikendalikan sendiri oleh Dato’ Hj. Shahlan Ismail Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri.

Antara lain program ini bertujuan untuk memberi penjelasan sebenar tentang gagasan 1 Malaysia yang merupakan hasrat besar kerajaan dibawah model ekonomi baru untuk membawa negara menjdai sebuah negara yang berpendapatantinggi memerlukan kemahiran dan kepakaran semua kaum dengan semangat 1 Malaysia.

Program yang ini melibatkan pemimpin-pemimpin tempatan, pegawai kerajaan, badan berkanun kerajaan, persatuan bukan kerajaan (NGO), kakitangan swasta dan pelajar-pelajar IPTA & IPTAS di Labuan. YB Datuk Hj. Yusof Hj. Mahal, Ahli Parlimen Labuan yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional Labuan akan merasmikan program.

Seluruh warga Labuan dijemupt hadir bagi sama-sama mendapat maklumat yang tepat, jelas dan benar berhubung dengan gagasan dan konsep 1 Malaysia yang menjdai agenda utama kerajaan.

Tiada ulasan: