Program ini yang merupakan " Road Show " YBhg Dato Hj. Shahlan Ismail Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri untuk bertemu sendiri dengan warga Labuan bagi meyampaikan hala tuju 1 Malaysia dan peranan warga Labuan dalam gagasan 1 Malaysia khususnya penjawat awam di Labuan.
Kunjungan Setiausaha Politik Perdana Menteri ke Labuan juga telah menemuikan beliau dengan pemimpin tertinggi di Labuan yang berjuang untuk memastikan Labuan mendapat perhatian serius kerajaan pusat khususnya dalam beberapa isu hangat yang boleh mengugat kewibawaan kerajaan BN di Labuan.

Apa pun terima kasih kepada Jabatan Penerangan Labuan yang telah berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai mata dan telinga kerajaan di Labuan. Khabarnya selepas ini YAB Perdana Menteri akan datang sendiri ke Labuan sebelum hari raya nanti.
GAGAK....Program ini telah berjaya membuktikan warga Labuan masih bersatu....sama-sama kita nantikan kedatangan YAB Perdana Menteri ke Bumi Labuan buat pertama kalinya tahun ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan