Jumaat, 15 Januari 2010

Di Mana Mohd. Seri Kula @ Jual Halon Kini...

Imej Google Earth...

Ramai kalangan rakan-rakan Gagak yang bertanyakan perkembangan cerita Saudara Jual Halon, remaja OKU Bukit Kalam yang masih hilang sehingga kini. Beliau dilaporkan hilang pada bulan November tahun lalu.

Rabu lepas Gagak berkesempatan bertemu dengan salah seorang pengamal perubatan di Kg. Bukit Kalam yang pernah terlibat dalam usaha mencari remaja tersebut. Menurut beliau Jual Halon kini berada di dunia ghaib, dipelihara oleh sebuah keluarga angkat yang tidak memiliki anak lelaki.

Kisahnya bermula apabila, keluarga makhluk tersebut selalu melihat Jual Halon merayu-rayu bersendirian berhampiran dengan kawasan perkampungan mereka. Timbul keinginan keluarga terbabit untuk mengambil Jual sebagai keluarga mereka. Menurut pengamal perubatan tersebut, Jual sebenarnya sudah mengikut keluarga tersebut ke kampung halaman Bunian sebanyak empat kali. Tetapi Jual dikembalikan semula ke dunia sebenar apabila keluarga Jual mencarinya. Tetapi untuk kali yang ke lima ini Jual hanya akan dikembalikan semula selepas tempoh tiga tahun ( Waktu dunia sebenar ) atau tiga hari di alam bunian.


Pelbagai cerita menarik dan unik kedengaran daripada rakan-rakan yang menyertai operasi mencari Jual. Antaranya kewujudan sebuah tasik yang cukup luas dan jernih airnya, ditemuikan dengan sebiji Mangkuk Purba, dan pelbagai jenis ayam hutan yang cantik bulunya ditemui berkeliaran di kawasan tersebut. Semua ini berlaku di kawasan hutan Bukit Kalam di mana Jual dipercayai menetap kini.


GAGAK.. Percaya atau tidak, tepuk la dada sendiri.. tapi Gagak kenal sangat dengan kawasan tu, pasal Gagak pernah ikut satu Team mencari Harta Karun di sana.. memang banyak barangan purba ada di sana pasal tempat tu ialah kawasan Tanah Perkuburan Lama dan merupakan tempat perkampungan asal penduduk Bukit Kalam...

1 ulasan:

Norgadis Labuan berkata...

Kehilangan seseorang yang disebabkan oleh makhluk halus bukanlah perkara baru di Labuan ini, namun begitu untuk menyelesaikan masalah spt ini amatlah sukar. Ianya memerlukan org pintar dlm bidang tersebut. Dan org2 yg pintar itu jarang menonjolkan diri. Semoga Mohd. Seri Kula dpt ditemui segera dan selamat kembali kepangkuan keluarganya...