Isnin, 23 Mac 2009

PERLEMBAGAAN UMNO Bukan Ideologi atau Manifesto Politik

Perlembagaan UMNO bukan ideologi atau manifesto politik. Ia boleh dipinda dan memang pun telah dipinda berkali-kali. Tetapi pindaan mestilah dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan yang berkuatkuasa semasa pindaan disyorkan.

UMNO tidak diasaskan kepada palace coup atau rebutan kuasa dalam istana. Ia juga bukan gerakan elitis yang diterajui oleh golongan intelek yang sedikit atau revolusi tentera atau oleh puak revolusioner yang berideologi tertentu. UMNO adalah gerakan massa, mass movement yang mendapat kedudukan dan legitimacy kerana sokongan rakyat. Gerakan massa tidak memerlukan senjata hanya bergantung kepada jumlah bilangan ahlinya.

UMNO juga berpegang kepada demokrasi. Ahli-ahli UMNO dan Pemimpin-Pemimpin UMNO perlu faham akan kekuatan dan kelemahan Demokrasi. Ramai yang menerima Demokrasi sebagai satu sistem politik, tetapi kerana tidak faham apa ianya demokrasi, mereka telah menjadi mangsa demokrasi tanpa sedikit pun memperolehi manfaat. Harus diingat Demokrasi bukan agama TUHAN. Demokrasi adalah ciptaan manusia dan sudah tentu ia jauh daripada sempurna.

Akhirnya, buat pejuang-pejuang Bangsa Melayu di PWTC pastikan Parti Melayu ini terus ULUNG dan UNGGUL, kerana parti ini sudah terbukti berjasa dalam tempoh lebih 50 tahun, tetapi sekiranya ahli-ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO JAHIL dan KABUR atau sudah NYANYUK dan LALAI terhadap perjuangan UMNO untuk membela nasib bangsa Melayu, percayalah UMNO hanya akan tinggal sejarah akibat kerana pemimpinnya bukan kerana UMNO.

3 ulasan:

Al-Rashid Zulkefli berkata...

Salam Gagak,

Perlu diingat, pastikan sejarah tidak akan berulang.
Seringkali, apabila isu menghentam UMNO terbit persoalan di fikiran: "MUNGKINKAH AKAN WUJUD LAGI UMNO BARU II??!!!"

Jangan jadikan ia satu realiti!

SAYANG SARAWAK berkata...

kita sudah lihat semangat 46 muncul krn kegilaan akan kuasa dan nafsu serakah namun apakah penghujungnya? jika berlaku lagi kegilaan merebut kuasa..maka jadi seperti menang sorak kampung tergadai

Ramlen Salleh berkata...

MUS & Sayang Sarawak.. Mari kita berdoa agar persidangan minggu ini dapat merubah gaya dan cara politik dalam UMNO agar lebih diterima semua lapisan masyarakat.. bukannya persidangan yang mengukur panjang kain kapan untuk UMNO....