Jumaat, 3 April 2009

BERSATUKAH UMNO BAHAGIAN LABUAN DENGAN YB AHLI PERLIMAN LABUAN DI BAWAH YAB NAJIB...

Keretakan hubungan antara UMNO Bahgian Labuan dengan YB Ahli Perliman masih belum berpenghujung. Walaupun pemilihan bahagian dan pemilihan kepimpinan Majlis tertinggi UMNO telah selesai namun masih jelas kepimpinan Melayu di Bumi Labuan masih berbelah.
Rata-rata orang Melayu di Labuan mengakui Ketua UMNO Bahagian dan YB Ahli Perliman Labuan masing-masing mempunyai tanggungjawab yang sama berat dan besar dalam usaha memastikan kesinambungan kemajuan dan pembangunan Labuan dalam konteks pemerintahan kerajaan BN di Labuan. Kerajaan BN perlu sedar tempoh 5 tahun yang diberikan oleh pengundi Labuan perlu dimanafaatkan sebaiknya. Pembangunan dan kemajuan selama lebih 15 tahun yang lampau perlu diteruskan dan perlu lebih rancak lagi untuk tempoh 4 tahun kehadapan ini.
Golongan peniaga di Labuan hari ini sudah mula memperkatakan tentang projek-projek bersakala besar yang mungkin telah difikirkan oleh kerajaan BN untuk penduduk Labuan. Bukan projek-projek yang sudah dirancang dan menanti masa untuk dilaksanakan, tetapi projek-projek besar baru yang disuarakan di dewan rakyat dan disokong oleh kepimpinan UMNO Bahgian demi untuk merebut peruntukan 200 bilion yang bakal diumumkan oleh YAB Dato Seri Najib, Perdana Menteri pada tahun ini.
Natijahnya, perbelahan tidak akan membawa kemana, hanya keburukan lawan yang bakal diperkatakan akibatnya, rakyat akan meluat dan menolak kepimpinan yang ada. Rakyat Labuan ingin melihat dua pemimpin Labuan ini bersatu semula. Bersatu dalam erti kata sahabat seperjuangan, kawan dalam perniagaan dan pemimpin dalam parti orang Melayu. Bersatulah dibawah kepimpinan YAB Dato Seri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Rajak.

Tiada ulasan: