Isnin, 6 April 2009

Hari Penentu ...2 - 1 MungkinKah ?

Hari ini adalah penentun bagi 2 bukit 1 batang. Kawan-kawan mengandaikan calon Pak Anwar akan menawan 2 bukit manakala BN akan berjaya di Batang. Itulah sebab ramai orang guna perkataan 2 Bukit 1 Batang.

BN akan menewan Batang kerana BN masih mendapat kepercayaan 100% pengundi disana untuk membawa perubahan dalam pelbagai sudut kehidupan mereka. Parti Pak Anwar ditolak mentah-mentah di Bantang kerana BN sudah terbukti bersama masyarakat di Batang dalam susah dan senang.

Di 2 bukit pula, UMNO dan BN masih berlegar di puncak yang memperlihatkan jarak perbezaan kedudukan yang amat ketara dengan penduduk tempatan. Di tambah lagi dengan golongan pemimpin pendapat di 2 bukit ini pula adalah anak-anak muda yang menetap di sekitar bandar-bandar yang sudah maju dan amat mudah tertarik dengan persepsi dan andaian yang menjadi permainan politik parti Pak Anwar.

Apa pun yang berlaku hari ini, bukit yang jelas ialah Demokrasi masih utuh di Bumi Malaysia. Namun adalah lebih baik jika pemimpin di negara ini hanya berperang 5 tahun sekali dan dalam tempoh 1-5 tahun itu duduk bersama dalam dewan membicarakan perihal pembangunan negara dan anak bangsa. Berbanding ketika ini setiap hari, setiap minggu, setiap bulan pemimpin berperang, rakyat menderita, negara tidak kemana......

Selamat Mengundi Pemimpin Anda di 2 Bukit 1 Batang.....

2 ulasan:

agen perubahan berkata...

gambar macam george Risal Philipin

Ramlen Salleh berkata...

Salam agen perubahan...