Rabu, 11 Mac 2009

ISU PPSMI.. Tahu Istilah atau Fasih Bertutur Mana Yang Utama ?..

Sekadar ingin berkongsi sedikit pengetahuan untuk mengupas isu PPSMI yang menjadi perjuangan pemimpin Melayu menentang pemimpin Melayu untuk anak bangsa Melayu.
Mungkin kita boleh menjenguk keluar sana, melihat sejenak negara INDIA. Ramai pemerhati melihat India akan menjadi sebuah kuasa Ekonomi Dunia yang baru menjelang tahun 2030.

India merupakan negara demokrasi terbesar di dunia. Mempunyai jumlah penduduk kedua terbesar di dunia dan boleh menjadi pasaran pengguna yang kedua terbesar. India juga merupakan negara berbahasa Inggeris yang terbesar di dunia.

Ramalan paling optimistik ialah India dijangka menjadi ekonomi dunia ketiga terbesar menjelang 2015 dan ramai penduduknya berharap ia muncul sebagai kuasa dunia disegani menjelang tahun 2030. Kelebihan pada penduduknya berjumlah 1.1 bilion dalam mencapai matlamat itu ialah kefasihan dalam bahasa Inggeris, satu sistem pendidikan yang mantap, kemahiran canggih dan inovasi.

Penganalisis meramalkan bahawa menjelang 2015, India akan menguasai 14.3 peratus daripada ekonomi dunia. Kefasihan dalam bahasa Inggeris memberi kelebihan kepada rakyat India dalam ekonomi global.

India merupakan sumber utama pekerja dalam bidang ICT serta Sanis dan Tekonlogi kepada banyak negara maju di dunia. Kebelakangan ini, warga India berada dihadapan dalam bidang ICT, bersama SABIR BHATIA yang merupakan pengasas bersama HOTMAIL dan VINOD DHAM pengasas cip PENTIUM.

Merenung fakta Negara India di atas mungkin pemimpin kita boleh berfikir mana yang penting tahu Istilah atau fasih berbahasa Inggeris. Angkasawan Negara kita sampai ke angkasa tidak pun guna bahasa Inggeris dia guna istilah dalam bahasa RUSIA.

Pak Menteri di Dewan Rakyat janganlah terlalu ego..dengar lah suara rakyat, kalau suara itu majoriti tidak salah kita Follow.. Bukan UMNO cakap Pembangkang atau sebaliknya..macam YAB Datuk Seri Najib cakap sewaktu membentangkan Mini Bajet, tidak ada silapnya Pembangkang dan Kerajaan bersama menjaga Rakyat dan Negara ini walaupun berbeza ideologi politiknya..

2 ulasan:

MeeT uNcLe sHaH berkata...

Salam Gagak,

Memang, saya akui dalam sesuatu pelaksanaan apa yang penting ialah “Implementation and Effectiveness”. Dalam soal PPSMI ini, terdapat pro dan kontra.

Apa yang menjadi persoalan dalam isu ini kemungkinannya ialah EFFECTIVENESS. Sejauh mana program ini berkesan dalam implementasi pencapaian seorang pelajar. Statistik yang dinyatakan oleh KPM baru-baru ini menimbulkan kekeliruan kepada semua pihak.

Masalahnya, sudah terang lagi bersuluh!!! Tiada kerjasama!! Maksudnya, terlalu ramai pihak yang “menekan” sehingga isu ini semakin sukar untuk ditangan. Sikap sesetengah pemimpin pula terlalu “celupar” meluahkan pandangan.

Buatlah dalam bahasa apa sekalipun, jika tiada semangat unutk berubah memperbaiki diri; ianya tidak akan berjaya. Bukan mahu menggunakan English sepenuhnya dalam kehidupan seharian, tetapi ia sebagai persediaan untuk pelajar mempelajari Maths and Science term in English.

Kat IPT mana ade Sains and Maths term dalam bahasa Melayu. Apa yang penting, keseimbangan dalam mempelajari kedua bahasa ini- Bahasa Malaysia dan English.

Kepada mereka yang mengeksploitasi isu ini, jangan bermain dengan api!!! Kalau nak kira, anda juga berbahasa English apabila ke luar negara!!

Bukan mempersoalkan perjuangan A.Samad Said!! Bak kata Nabil: “LU PIKIR LA SENDIRI!!!!”

Gagak berkata...

MUs.. Tahniah sebagai generasi muda anda sudah tahu dan sedar kemana kita perlu pergi dan apa perlu kita buat... dalam banyak perkara ini yang penting tahu dan sedar..