Isnin, 23 Februari 2009

UMNO Bahagian vs Ahli Parlimen Labuan.. Biasa atau Luarbiasa ?

Hairan juga wajah YB Datuk Hj. Yussof Hj. Mahal, Ahli Parlimen Labuan tiada dalam paparan Majlis Penutup Hari Wilayah Persekutuan 2009 yang akan berlangsung di Dataran Labuan pada hujung minggu ini.. Kenapa ?
Adakah Ahli Parlimen akan dijemput..
Siapa yang akan berucap bagi rakyat Labuan..




Kenyatan YBhg. Dato' Hj. Suhaili Abd. Rahman Ketua UMNO Bahagian Labuan merangkap Pengerusi Perbadanan Labuan berhubung perlantikan 27 wakil Ahli Parlimen di Kampung - Kampung...




Dua hari selepas itu.. Ahli Parlimen Labuan pula buat kenyataan balas berhubung dengan isu perlantikan wakil Ahli Parlimen di Kampung-Kampung...





Merenung jauh GAGAK teringat kata-kata Tok Guru tentang perpecahan orang Melayu hari ini yang sudah tidak mengutamakan perpaduan. Apa sahaja boleh memecahbelahkan orang Melayu. Rebutan tempat dalam parti, sangkaan buruk yang tidak berasas kepada pemimpin, kekecewaan dalam mendapat peluang peniagaan, hasutan oleh orang bawahan, perasaan terlalu terselamat dan berbagai-bagai lagi boleh memecahbelahkan orang Melayu.

Mungkin juga akan sampai sanggup bersubahat dengan orang yang bermusuh dengan orang Melayu untuk menggagalkan perjuangan orang Melayu.

Teropong Gagak tengok Ketua Bahagian KEADILAN Labuan sudah mula menonjolkan diri dengan mengedarkan kad yang mengandungi Nama, Jawatan selaku Ketua Bahagian KEADILAN LABUAN dan alamat e-mail beliau kepada peniaga..

BERSATULAH wahai pejuang Bangsa KU,

Di tangan kalianlah nasib pemuda Labuan ini,
BERPECAH akan hancurlah parti,
Maka akan terbukalah ruang yang luas kepada lawan untuk menonjolkan diri...
Kononnya untuk Melayu, Islam dan Anak Tempatan,
SIAPALAH mereka jika Pemimpin PARTI UMNO KU ini BERSATU..
Nyah LAH Mereka dari Bumi Labuan.....

GAGAK....09

6 ulasan:

Al-Rashid Zulkefli berkata...

Salam Gagak,

Thanks for visit my blog.

Erm, isu ni tak perlu kita persoalkan. Wujud pro dan kontra.

Inilah, akibatnya kalau kepentingan peribadi melebihi kepentingan rakyat.

Cuba baca, cuba fikir!!!
http://meetuncleshah.blogspot.com/2009/02/salah-siapa-dari-pru-2008-ke-2009.html

anak pejuang berkata...

HAHAHAHAHA..... Biasa atau luar biasa....??? memang YB kita ni akan jadi YB yang cipta SEJARAH...
BUKAN SEJARAH pembangunan tapi YB yang penuh masalah. Dulu Skandal... sekarang WAP lagi... PAsar tu bila kan siap YB.... usah tah kan manruh urang mcm ci Johari buntang atu....ia kan menghancurkan karier YB tu...ia atu kan menghancurkan perjuangan YB dalam politik. Mana ada YB nada jawatan dalam Bahagian. YB ganya sorang yang nada jawatan. Diorang c Mulok sama Yusof Mohammad atu inda banar. Kan menghancurkan YB saja. Sayangku kan karatas undiku masa megundi YB dulu....adatah mandagar tuturan orang-orang yang gila kuasa macam mulok , Yussof mohammad sama c johari tu. Dioarang atu mun pandai sudah batah jadi PERDANA MENTERI... walau mcmmanapun YB tetap wakil rakyat yang aku hormati. Karang inda kana sign borang surat sokonganku.

Ramlen Salleh berkata...

Salam.. MUS ! dulu orang kampung masih kabur-kabur kewujudan Team A dan Team B dalam UMNO.. hari ini sudah jadi terang-terangan..Gagak takut " Gajah yang bergaduh Kecil yang mati tersepit " ..

Sahabat Ku Awg Lakbattar.. sudah 25tahun kitani di bawah Wilayah Persekutuan.. tahap kepercayaan pemimpin semenanjung dengan pemimpin kitani masih rendah..kenapa ketua-ketua kitani kan betegang leher sesama kita.. kalau benar-benar perkasa, berani dan cerdik.. bertegang leher tah dengan pemimpin UMNO di semenanjung atu baru tah pemimpin ulung Labuan.. ani yang disana dianggukkan kepala yang di sini di bawah bekelahi.. apa bah ni !!

anak pejuang berkata...

wahai Tuan Gagak yang saya hormati.
banar kata tuan, sudah 25 tahun katani jadi WP. tapi alum pernah pemimpin tani memegang jawatan tinggi di Tanah Besar Semenanjung. Ani aku bukan kan bodek sesiapa. sepanjang aku menjadi pemerhati yang inda begaji, hanya Dato Suhaili saja yang dapat menjawat jawatan penting dalam PBT, yang lain hanya jadi angguk2 geleng2. apa...orang labuan ni nada menyumbang kah untuk kemenangan BN. siapa pun yang diletakkan oleh BN bagi calon pilihanraya orang Labuan tetap akan mengundi. Jadi hentikan pertelingkahan sesama sendiri di bumi Labuan ni, mun mahu jadilah macam MP Kinabatangan yang begitu lantang di PARLIMEN dalam memperjuangakan nasib bangsanya... KK ataupun WAP biarlah mereka sama-sama berkhidmat untuk kemajuan dan sasaran menjadikan Labuan sebagai Pulau Penduduk Miskin SIFAR...

Ramlen Salleh berkata...

Lurus ja mu liau Awg Lakbatatar.. aku ani pun sama jua pemerhati inda begaji.. tinggal lagi aku makan gaji di gevermon atu saja lah..Kerusi BN di wilayah ani tinggal tiga sahaja bah, yang lain sudah di rampas pembangkang.. kalau benar-benar cerdik dan berani ani tah masanya kan dimend abis bah.. rebut tah jawatan timbalan menteri kah, setiusaha perliman kah,, dalam kementerian atu.. kalau inda pun turunkan tah baget berjuta-juta ke Labuan ani bah..baru tah cipta sejarah..Tapi jangan tahkan mimpi kan berjawatan kalau di kampung pun pecah sepuluh orangnya..siapa jua kan respek sudah tah damit bepecah lagi.. AUh inda ada harapan tu liau..tingal minta kasihan saja ada lah.. tapi datang ke kampung temberang taya..

kamal berkata...

tq gagak kerana singgah di kamalfarsya...sekarang ni yang penting kita ahli umno mesti bersatudemi memperjuangkan bangsa malaysia..pada yang mencari kepentingan diri tu kita singkir kan mereka