Sabtu, 14 Februari 2009

27 Wakil Ahli Parlimen di Kampung-Kampung Di Lantik..

Pejabat Ahli Parlimen Labuan telah melantik 27 orang wakil Ahli Parlimen di Kampung-Kampung. Menurut YB Datuk Hj. Yusof Hj. Mahal, perlantikan ini bukanlah bertujuan untuk menyaingi Ketua-Ketua Kampung, tetapi wakil-wakil Ahli Parlimen ini akan membantu beliau dalam usaha menyalurkan maklumat dan peruntukan dari Pejabat Ahli Parlimen kepada penduduk kampung yang memerlukan.

Nampaknya kesabaran YB Ahli Parlimen terhadap sikap dan gelagat Ketua-Ketua Kampung terhadap kepimpinan beliau sudah berakhir. Kini beliau mempunyai jentera sendiri di kampung-kampung yang sedia berkhidmat secara sukarela. Beliau tidak perlu khuatir dengan sembutan dan perlaksanaan program masuk kampung kerana pejabat Ahli Parlimen sudah ada networkingnya sendiri.

Namun begitu tidak dapat dinafikan perlantikan ini akan memberi kesan langsung terhadap konflik dan pertembungan kuasa kepimpinan di Labuan yang berlaku ketika ini. Sebagai seorang Wakil Rakyat YB kena bertindak dengan kebijaksanaan agar prestasi beliau selaku wakil rakyat BN tidak menurun, dipandang hina akibat kerana konfik dan pertembungan kuasa sesama pemimpin di dalam UMNO Labuan.

6 ulasan:

SAYANG SARAWAK berkata...

bayangkan, sebuah kapal tu ada dua nakhoda. Arahan siapa yg perlu dipatuhi oleh anak2 buah?

Gagak berkata...

TQ kerana singgah... sebenarnya salah seorang nakhoda perlu mengalah demi masa depan generasi muda..selalunya perangai anak buah boleh merosakkan imej pemimpin, oleh itu pemimpin perlu bijak bertindak....

singamaraja berkata...

Auuum !

Itu lah dia UMNO hanya mahu rebut kuasa aje deh

MeeT uNcLe sHaH berkata...

Salam Gagak,

Malas tah lagi kan ku bepikir. Ngalih tah nganya.

ulah cam kanak-kanak.


http://meetuncleshah.blogspot.com/2009/02/kenyataan-maaf-kepada-mbl.html

.d.u.n.n.y.a.k.u. berkata...

salam t0 u t0o!
n ur welc0me.
n thx :D

Gagak berkata...

Singamaraja.. kita tengok apa akan jadi dengan UMNO selepas pemiliahan nanti..

MUS .. lama tak singgah..

Duniaku..Welcome..