Rabu, 11 Februari 2009

BERAKHIR SUDAH KAH DELIMA PENIAGA KHINZIR DENGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN...

Kementerian Wilayah Persekutuan telah memberi lampu hijau kepada peniaga-peniaga khinzir untuk berniaga sementera di kawasan terbuka di Jalan Jati. Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan, peniaga daging berkenaan akan ditempatkan di pasar moden yang dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 24 bulan.

Keputusan Kementerian Wilayah Persekutuan adalah adil, berdasarkan kepada tanggungjawab selaku kerajaan yang tidak mahu ada pihak yang terpinggir. Lebih-lebih lagi pengundi BN. Seperti biasa setiap keputusan pasti akan ada pihak yang bertepuk tangan dan ada pihak yang terasa hati. Pihak yang bertepuk tangan pasti merasa puas dengan perjuangan mereka, manakala pihak yang terasa hati mula mengatur strategi dan memulakan langkah perjuangan...

Benar seperti yang gagak duga, ada umpan yang dipasang dalam konflik antara peniaga babi dengan pihak berkuasa tempatan. Situasi hari ini, memperlihatkan pancing peniaga babi sudah mengenai mangsa. Tapi gagak teropong pihak berkuasa tempatan sudah mula mendapat sokongan orang Melayu. Khabarnya ada laporan polis di buat tentang isu ini ...

Adakah konflik ini sudah berakhir atau baru bermula dengan penglibatan pihak ketiga....

Tiada ulasan: