Selasa, 10 Ogos 2010

Ramadhan Tiba Lagi ... Semoga Kita Tetap Bersama ! 1 Doa & 1 Tujuan !

Salam Ramadhan buat semua pengunjung-pengunjung blog BicaraGagak yang disayangi...Semalam berpuluh-puluh SMS yang sampai kepada Gagak mengucapkan Selamat menyembut Ketibaan Bulan Ramadhan 1431 Hijrah... Terima kasih & mohon maaf Gagak tidak sempat balas semuanya..

Dalam banyak-banyak SMS tu, Gagak tertarik dengan SMS yang satu ni....
...my name's Sya'ban. I want 2 tell U that my neighbour Ramadhan'll visit U soon with his wife rezeki, twin daughters sahur & iftaar, twin brothers terawih & tahajud. they'll be accompanied by three grandchildren rahmat, barakat dan taubat. they'll leave by eid airlines low cost carrier. treasure them and you'll be blessed & 'll receive lots of nur hidayah in you life ...... ni SMS orang moden la kan.. tapi Gagak tidak mahu komen la..

Tapi ada juga SMS yang mengundang kontroversi, seperti Hadis Palsu Doa Jibril Awal Ramadhan..
Hadis yang disebarkan berbunyi begini:

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);- Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;- Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. "Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

RIWAYAT YANG ASAL (HADIS SAHIH)

آمين، فلما ارتقى الدّرجَة الثالثة قال: آمين، فلما نزل، قلن: يا رسولَ الله لقَدْ سمعنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئاً ما كُنَّا نَسْمَعُه! قال: إن جِبْريلَ عليه السلام عَرضَ لِي فقال: بَعُدَ منْ أدرَكَ رمَضَانَ فَلِمْ يُغْفَرْلَهُ قلت: آمين، فلما رقيت الثانية قال: بَعُدَ منْ ذكرت عنده فلم يصلّ عَلَيْكَ فقلت آمين، فلما رقيت الثالثة قال: بَعُدَ مَنْ أَدرَكَ أبويهِ الكبر عنده أو أَحَدَهُمَا فلم يُدْخِلاَهُ الْجنَّةَ قلْتُ: آمين
Maksud hadis:Dari Ka?ab Bin ?Ujrah (ra) katanya:Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.Lalu baginda menjawab:?Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannyaHadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah )

Apapun.. kita fikir-fikirkan lah bersama..

Gagak, rakan-rakan dan keluarga kami mendoakan anda semua sentiasa dirahmati, diberakti dan dilindungi sentiasa.. semoga kita tetap bersama dan Ramadhan ini menemukan kita kepada 1 Doa & 1 Tujuan.. Amin..

Tiada ulasan: