Kempen 1 Ahli 1 Undi anjuran UMNO Bahagian Labuan mendapat sambutan mengalakkan khususnya daripada kalangan generasi muda. Kempen yang diketuai oleh Tn. Hj. Basir Hj. Alis ( Naib Ketua Bahagian ) dengan gandingan mantap Saudara Rozman Datuk Isli ( Setiausaha )dan disokong oleh kepimpinan sayap UMNO iaitu Pemuda dan Puteri telah terbukti berjaya menyedarkan generasi muda terhadap peranan mereka dalam pembentukan sesebuah negara dan kerajaan.
Gagak terdengar kawan cakap kenapa khemah 1 Ahli 1 Undi tidak ada laptop / notebook.. kalau ada nampak canggih sikit boleh buat urusan online.. kalau tidak pun boleh kempen guna fb jemput generasi muda datang..... apapun teruskan usaha pemimpin Muda UMNO Labuan.. Semoga Kita Terus Bersama 1 Doa & 1 Tujuan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan