Isnin, 14 Jun 2010

Sehari Bersama Pekerja Bunga Kubis Di Kundasang...

Percutian di Kundasang Ranau, Gagak sempat merakamkan foto pekerja sebuah kebun Bunga Kubis. Rakaman foto ini dibuat sebelah petang ketika pekerja ini sibuk memetik hasil tanaman. Namun begitu rakaman hanya dilakukan dari luar pagar kerana pekerja ini tidak membenarkan Gagak memasuki kawasan kebun atas arahan Bosnya. Betapa setia & jujurnya pekerja ini.

Esoknya kira-kira jam 5:30 pagi Gagak dapati pekerja ini telah mengangkat hasil kutipan yang seberat 110 Kg pada harga RM 3.50 sekilo. Tuaian dibuat setiap dua minggu sekali.
Ni anak buah Gagak C Mamat... seronok dengan pengalaman di Kebun Bunga Kubis Kundasang Ranau.



Tiada ulasan: