Rabu, 16 Jun 2010

Ikan Bakar Pasar Filipin Kota Kinabalu.....

Ikan Bakar Pasar Filipin Kota Kinabalu agak popular dikalangan pelancong domestik dan luar kerana terletak di kawasan yang senang untuk dikunjungi disamping menyediakan pelbagai jenis ikan, udang dan sotong bakar pada harga yang murahGagak pun sering ke sini untuk mendapatkan ikan bakar kegemaran seperti ikan Belais dan Ikan Putih. Namun kepada yang kurang mahir dengan ilmu ikan bakar perlu berhati-hati kerana peniaga di sini mahir menyembunyikan ikan yang segar dengan kurang segar. Nasib tidak baik boleh kena sakit perut kerana makan ikan yang sudah lama di bakar atau ikan bakar yang berkali-kali dibakar.Yang lebih menarik Pasar Ikan Basah hanya bersebelahan dengan Pasar Ikan Bakar. Harga ikan basah jauh lebih murah daripada harga Ikan Bakar. Sekali lagi anda perlu ada kemahiran tentang ikan kerana ikan kena bom mudah diperolehi di Pasar ini.
Gagak cukup kagum dengan semangat berniaga peniaga ikan bakar di pasar filipin Kota Kinabalu. Mereka sanggup membayar / menyewa lot tempat berniaga daripada bumiputera dengan harga yang tinggi hanya kerana mencari sesuap nasi untuk keluarga dan anak-anak di tanahair orang. Mereka mengusahakan secara berkeluarga peniaga ikan basah, ikan bakar dan orang yang mencari ikan di laut adalah sekeluarga. Mungkinkah benar kata-kata orang bumiputera hanya layak menjadi pengguna selama-lamanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semakin hebat dengan D90 ni nampaknya. hehehehee... bila lah tu udang bakar mau di spen. huhuhuhuhu