Isnin, 29 Mac 2010

ISU PENGABUNGAN JABATAN PELAJARAN LABUAN DIBANGKITKAN DI DEWAN RAKYAT

Sidang Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Pertama pada hari Rabu 24 Mac 2010 pada kira-kira jam 5:14petang Ahli Parlimen Labuan Datuk Hj. Yusoof Hj. Mahal telah mohon berucap bagi membahaskan menjunjung kasih titah duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berhubung dengan Gagasan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dan enam bidang NKRA yang pertama iaitu pendidikan.
YB Labuan memulakan ucapan dengan menyebut sejarah dan latarbelakang Jabatan Pelajaran Labuan. Lebih kurang 10 minit masa yang diambil oleh YB Labuan untuk menerangkan kedudukan Jabatan Pelajaran Labuan. sekitar jam 5:20 petang YB Labuan terus menekankan isu pengabungan Jabatan Pelajaran Labuan dijadikan Pejabat Pelajaran Labuan sahaja.

Secara keseluruhannya, ucapan YB Labuan agak pedas dan lantang dalam menyuarakan isu pengabungan ini. Antara lain YB Labuan ada menyebut " pelajar-pelajar di Labuan yang lebih kurang 14 ribu pelajar, kalau kita kirakan rata-rata satu ibu bapa ada tiga anak kita ada lebih kurang 9 ribu pengundi. Apakah kita sanggup mengorbankan Labuan ini demi kepentingan Kementerian Pelajaran ataupun kepentingan KSU dan juga Ketua Pengarahnya dan sebagainya untuk meletakkan Labuan di bawah Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan.....

YB Lipis Pahang Dato Dr. Mohamad Shahrum Osman 2 kali mencelah dan menyokong agar Jabatan Pelajaran Labuan dikekalkan sebagai Jabatan Pelajaran Negeri bagitu juga dengan Jabatan Pelajaran Putrajaya.

Kalau ikut jadual Dewan Rakyat Menteri Pelajaran akan menjawap isu ini pada persidangan semalam Isnin 29 Mac 2010...

Gagak ... Tahniah Kepada YB Labuan itulah kerja YB bersuara lantang di Parlimen .. kawan Gagak bagitahu YB Labuan turut berucap tentang isu Feri Kenderaan Labuan yang tidak seharusnya di monopoli dan diupgrade.... antara lain YB Labuan cakap " kementerian berkenaan melihat kesusahan orang Labuan jangan cuma duduk di sini melihat apa yang ada di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar.. kalau pembangkang menyuarakan masalah dan kita terus ambil tindakan itu dan ini...

Dalam isu pengabungan ini Gagak cukup bangga dengan semangat perpaduan pemimpin Labuan. Ketua Pemuda UMNO Labuan telah mengangkat isu ini di peringkat Wilayah Persekutuan, Ketua-Ketua Kampung turut bersuara dan Petition dan Memorandum Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah sampai ke Kementerian...Dan pastinya yang berhampus pulas berjuang ialah pengurusan tertinggi di Jabatan Pelajaran Labuan....

1 ulasan:

pie berkata...

Salam.
Perlukan bantuan saudara gagak. Berkenaan dengan seseorang yang pernah berada di Labuan. Kalau boleh memerlukan emel saudara.
Kalau sudi membantu, tinggalkan emel di chatbox atau emel saya nekrad_86@hotmail.com