Jumaat, 23 Oktober 2009

Jambatan Labuan-Menumbok - " Gula-Gula Getah atau Ikan Masin "

Budget 2010 masih belum membayangkan pembinaan Jambatan Labuan - Menumbok. Kalau kita himpunkan kata-kata pemimpin persekutuan dan tempatan ( Labuan & Sabah ) yang menyentuh tentang pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok, sepatutnya dalam Budget 2010 bayangan pembinaan Jambatan Penghubung Labuan dengan Tanah Besar Sabah sudah ada bayangnya.
Berikut ini gagak kongsikan sedikit koleksi gagak tentang Pembinaan Jambatan Labuan Menumbok.....

Koleksi 1. Soal Jawab di Parlimen pada 24 Jun 2009 antara Menteri Wilayah Raja Nong Chik dengan Datuk Sapawi Haji Ahmad - Hasil Kajian Jambatan Labuan.

Menjawab Soalan Parlimen -- Hasil kajian Jambatan Labuan
pada 24hb Jun 2009 pukul 7.50 ptg

SOALAN NO: 53PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIAPERTANYAAN : LISANDARIPADA : YB DATUK SAPAWI BIN HAJI AHMAD [SIPITANG]TARIKH : ISNIN, 15 JUN 2009RUJUKAN :

02SOALAN: Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [Sipitang] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan : Hasil kajian awal cadangan projek pembinaan jambatan yang menghubungkan Labuan dengan Sabah.

JAWAPAN:Tuan Yang di-Pertua,Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Sipitang, Kajian Kemungkinan Pembinaan Jambatan Dari Labuan ke Menumbok/Mempakul, Sabah telah bermula pada 1 Februari 2009. Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dilantik untuk melakukan kajian berkenaan. Tempoh kajian adalah selama 8 bulan dan ianya dijangka siap pada Oktober 2009. Kajian Kemungkinan ini telah masuk kepada bulan kelima dan telah mencapai 60% status pelaksanaan dan mengikut jadual. Inception report telah dikemukakan oleh pihak Konsultan pada bulan April 2009 dan dijangka laporan interim akan dikeluarkan oleh pihak Konsultan pada hujung Julai 2009. Jika bersesuaian, Kementerian bercadang untuk memasukkan projek ini sebagai projek RMK-10 kelak. Memandangkan Kajian Kemungkinan Pembinaan Jambatan ini masih lagi di peringkat pelaksanaan, maka hasil daripada kajian ini masih belum dapat dikemukakan. Hasil kajian hanya akan diperolehi pada awal Oktober 2009 dan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kajian Kemungkinan Pembinaan Jambatan Dari Labuan Ke Menumbok/ Mempakul, Sabah. Hanya selepas itu, hasil kajian akan diterbitkan untuk rujukan dan tindakan sewajarnya.

Koleksi 2... Buliten Utama pada 4 Mei 2009...




“ ….tiada ada apa-apa di Pulau ni, kalau pandu kereta pun 15 – 20 km sejam pun boleh sampai. Kalau pandu laju-laju pun nak ke mana? Pulau ni boleh dikelilingi dalam setengah jam walau pun pandu perlahan..” Anda biasa dengar kata-kata ini dari orang Labuan. Mungkin ada betulnya.

Cuba kita renungkan teori ini... Sebagai satu aktiviti asas manusia, pengangkutan membantu me­mindahkan manusia dan barangan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pengangkutan digunakan untuk memindahkan manusia dan barangan dari satu tempat di mana nilai ekonomi mereka rendah kepada satu tempat lain di mana nilai ekonominya tinggi. Keperluan untuk pengangkutan wujud walaupun dalam masyarakat yang belum mencapai pembangunan ekonomi yang tinggi. Apabila ekonomi sesuatu kawasan makin membangun, permintaan untuk pengangkutan semakin me­ningkat Selain fungsi ekonomi, pengangkutan juga mempunyai fungsi sosial untuk menghubungkan silaturahim sesama manusia serta ada ahli keluarga atau sahabat handai. Dengan adanya sistem pengangkutan yang baik manusia boleh memilih untuk bekerja di sesuatu tempat di mana majikan boleh menawarkan gaji yang lumayan tetapi pada masa yang sama memilih untuk tinggal di kawasan pilihan mereka. Pengangkutan juga membolehkan manusia menggunakan masa santainya dengan cara yang terbaik.

Selain itu, pengangkutan juga mempunyai fungsi strategik sebagaimana jelas berlaku sejak zaman Empayar Rom lagi. Polisi all roads lead to Rome bukan sekadar menunjukkan keprihatinan pemerintah Rom kepada kawasan jajahannya tetapi lebih untuk memudahkan askar Rom menundukkan pemberontak-pemberontak yang cuba menggugat keluasan empayar mereka.


Natijahnya, wajarkan tanggungjawab untuk bersuara berhubung dengan pembinaan Jambatan Labuan - Menumbok kita serahkan kepada golongan pemimpin Labuan sahaja. Kenapa Datuk Sapawai di Sipitang yang berdiri di Perliman bertanyakan pasal Jambatan Labuan-Menumbok?

Rasanya sudah tiba masanya pemimpin Labuan dan warga Labuan bergabung dalam satu pertubuhan mendesak kerajaan Persekutuan agar mempercepatkan pembinaan Jambatan Labuan Menumbok ini. Perihal untung rugi kita serah kepada kebijaksanaan pemimpin atasan negara mereka lebih arif tentang itu. Jangan kita tunggu sehingga RMK 10 dilancarkan kerana sudah lebih 24 tahun isu Jambatan Labuan timbul dan dikitar semula pada pilihanraya 2004 dan 2009. Kalau kita tidak bersuara, isu Jambatan Labuan Menumbok hanya ibarat Gula-Gula Getah dan Ikan Masin sahaja....

2 ulasan:

silent MP berkata...

Salam.

Mohon mencelah..budget 2010 adalah berbeda dengan RMK-10(2011-2015).

Saya juga menanti dengan penuh sabar, sekiranya kajian memihak, IA ia akan menjadi kenyataan dalam RMK-10.

Salam perkenalan.

Ramlen Salleh berkata...

Salam Perkenalan..

Silent MP.. ya benar Budget dan RMK jauh berbeza.. saya setuju..

Kalau betul info yang gagak dapat, kajian memihak untuk jambatan dibina bagi merancakkan dan memajukan ekonomi Labuan dan kawasan Pantai Barat Sabah. Namun begitu kajian ini tidak mencukupi, Jumlah 1.5 Bilion adalah terlalu besar untuk Labuan yang hanya memilik penduduk kurang 100 ribu orang oleh itu perlu ada desakan yang kuat sebelum RMK 10 dilancarkan daripada penduduk Labuan dan kawasan Pantai Barat Sabah agar kerajaan BN memberi perhatian serius terhadap Penantian Warga Labuan ini yang sering dikitar semua bila tiba pilihanraya...