Khamis, 22 Oktober 2009

Mengurus Perseptif

Salam maaf buat semua rakan dan sahabat blog Bicaragagak kerana agak terlalu lama blog ini tidak di update. Juga terima kasih kepada rakan dan team Gagak yang menghantar SMS dan membuat panggilan ke HP Gagak bertanyakan perkembangan Sang Gagak Labuan ni.

Dua minggu lepas Gagak mencurahkan idea kepada satu penulisan cerpen bertajuk Jalan Datuk Haris. Penulisan ini hampir siap, terhenti kerana terlibat dalam kerja lapangan soal selidik 1 Malaysia di Labuan. Selepas tu Gagak berpeluang bertemu dengan bekas bos Gagak Dr. Hj. Ibrahim. Beliau datang ke Labuan atas jemputan pensyarah Kolej Matrikulasi Labuan. Selepas Labuan beliau terus ke Kucing untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara bagi mengubal satu lagi Akta Siber untuk menambah kekebalan individu daripada menjadi bahan fitnah dan tayangan di dunia siber ini.

Apa yang Gagak ingin kongsikan ialah pandangan beliau bila gagak utarakan senario semasa di Labuan. Menurut beliau Labuan perlu kepada satu pasukan atau team yang boleh membentuk satu perseptif positif atau menukar imej pada minda rakyat / masyarakat Labuan kepada suatu yang lebih ceria dan indah.

Teori yang beliau kemukakan lebih menjurus kepada teori Komunikasi Korporat iaitu membentuk satu lapangan rujuk yang luas atau persamaan dalam komuniti Labuan. Cara paling mudah untuk kita fikirkan ialah dengan membayangkan semua warga Labuan memakai baju yang sama, atau bayangkan semua orang Labuan menjadi ahli dalam satu pasukan iaitu memiliki satu matlamat dan destinasi yang satu.

Gagak teringat akan konsep dan gagasan 1 Malaysia yang menjadi produk Kerajaan BN ketika ini. Gagasan yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bertindak sebagai satu bangsa yakni Bangsa Malaysia. Dalam masa yang sama parti pembangkang juga menggunakan kaedah mengurus Persepktif untuk membentuk imej yang berbeza terhadap produk BN. Mereka menggunakan strategi fakta dan fantasi untuk mempengaruhi minda rakyat menolak gagasan 1 Malaysia.

Akhirnya Gagak paparkan Gambar TeamGagak dengan Dr. Sheikh Muzaffar Angkasawan Negara. Sekali lagi gambar ini milik dornnstudio.blogspot.com (Pemiliknya orang sebelah Angkasawan yang bawa kemera tu)

Tiada ulasan: