Isnin, 7 September 2009

REBUT LA ! REBUT LA !

Rebut la ! malam 10 terakhir Ramadhan ini, kerana salah satu daripada malam-malam itu adalah malam yang dianugerahkan hanya kepada pengikut / penganut agama suci Nabi Mohamad S.A.W sahaja. Rebut la !


Rebut la ! malam itu pasti akan datang, jangan kita berkata kalau atau jika dalam membicarakan kehadiran malam yang amat mulia ini, ianya mengambarkan seakan-akan kita tidak yakin akan adanya malam itu. Persoalan yang harus dijawab, bagaimana kita hendak menemui malam itu, jika perkataan dan tingkahlaku kita tidak membesarkan malam yang menjanjikan sejuta rahmat kepada makhluk bernama manusia itu. Rebut la !


Rebut la ! sepertimana kita merebut jualan murah yang sedang berleluasa ketika ini sempena kehadiran Aidilfitri. Walau poket kosong shopping tetap jadi agenda, malahan ada yang sanggup berhutang demi untuk shopping. Persoalan yang harus dijawab, kenapa kita tidak sanggup berhutang tidur sepanjang 10 malam terakhir ini demi untuk mendapat rahmat dan keampunan serta dapat mengatur kehidupan kita untuk 12 bulan akan datang ? Rebut La..

Akhirnya Renungkan & Fikirkan

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.


Gagak.. ada beberapa artikel menyentuh isu-isu semasa masyarakat di Labuan, antaranya isu masalah bekalan air, persoalannya siapa yang harus diutamakan pelaburkah atau rakyat yang mengundi kerajaan. Juga isu RM 1.50 di terminal Manumbok, apa feadahnya kepada pengguna? Artikel ini akan diterbitkan selepas raya nanti....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berebut rebut la. jangn serabut serabut mau raya saja. Hihi... ngam kan gagak?

Bah. rabut jgn nda rabut.

Ramlen Salleh berkata...

Sepatutnya yang di rebut malam laliturqadar.. tapi yang direbut jualan murah pula.. sampai ada yang lupa solat asyik membeli belah..

Jualan murah tu tiap2 bulan ada, asalkan beduit tahan saja..tapi malam tu sekali setahun saja bah..

hairankan Manusia..