Rabu, 9 September 2009

UMSKAL dah ada PENGARAH...

Profesor Madya Dr Shariff Abd Kadir Omang dilantik sebagai Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) yang baru untuk tempoh dua tahun mulai 1 September 2009.

Beliau menggantikan Prof Dr Syed Azizi Wafa (2005-2009) yang kini sebagai Pensyarah Sekolah Perniagaan Ekonomi (SPE), UMS di Kota Kinabalu.

Jawatan Pengarah UMS-KAL pernah dipangku Allahyarham Prof Madya Dr Zainal Abidin Said (1999-2009) dan Prof Dr Amran Ahmed (Mei-September 2009).
Dr Shariff, 53, mendapat pendidikan di SRJK Berhala Darat, Sandakan (1964-1969), SMK Sandakan (1970-1972), SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang (1973-1974), Matrikulasi UKM (1975-1976), Pra Siswazah UKM (1977-1982), Sarjana (MSc), University of Glasgow (1983-1986) dan PhD, University of London (1989-1993).

Beliau yang berasal dari Kampung Kolapis, Beluran merupakan pakar di bidang petrologi dan geologi struktur serta menyandang tugas sebagai Pensyarah Geologi dan Sains Bumi.

Sebelum itu, Dr Shariff ialah Dekan Sekolah Sains dan Teknologi (SST), Pengarah Pusat Ko-kurikulum dan Pemajuan Pelajar dan Pengarah Pusat Matrikulasi UMS.
Gagak.. Bagus la kalau sudah ada Pengarah boleh bantu menyelesikan masalah air yang amat meruncing di UMSKAL tu.. Ramai sahabat di Semananjung cakap siswa & siswi di UMSKAL pobia untuk balik ke Labuan pasal tidak ada air.. malu la orang Labuan...

Nota: Terimakasih rakan di UMSKAL pasal e-mailkan bahan ni.. boleh kongsi-kongsi cerita..buat rakan-rakan GAGAK yang ada cerita e-mailkan di bicaragagak@yahoo.com.my saja boleh kita kongsi cerita... Selamat Berbuka.

Tiada ulasan: