Jumaat, 24 September 2010

Seminar Dato Dr. Harun Din Darussifa' ..

Seperti yang dijadulkan YBhg Dato Dr. Harun Din tiba di W.P Labuan pada hari Khamis ( 23/9/2010). Pagi tadi beliau telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk Makhluk Halus Dan Penyakit - Bagaimana Mengatasinya dalam satu seminar yang dianjurkan oleh sebuah syarikat swasta di sini.
Dalam ucapan alu-aluan CEO syarikat tersebut menyatakan penganjuran seminar tersebut adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat mereka di Labuan dalam usaha merapatkan hubungan dengan jabatan dan agensi kerajaan.

YBhg Dato Dr harun Din telah membentangkan kertas kerja beliau selama dua jam. Antara yang disentuh dalam pembentangan beliau ialah kejadian tiga komponen utama makhluk di dunia ini iaitu Malaikat, Manusia dan Iblis&Syitan. Malaikat adalah yang paling patuh dan taat terhadap perintah Allah manakala Iblis&Syitan adalah Makhluk yang sentiasa ingkar terhadap perintah penciptanya, Manusia pula adalah mahkluk yang berada diantara Malikat dan Iblis&Syitan.

Pada sebelah tengahari YBhg Dato Dr Harun Din telah mengimamkan Solat Jumaat dan Solat Sunat Hajat di Masjid Jamek Layang-Layangan.

Gagak ... mohon maaf pasal tidak sempat catatkan kehadiran YBhg Dato Dr. Harun Din pada hari Khamis seperti yang dijanjikan...

Tiada ulasan: