Isnin, 27 September 2010

Muflis: Mahkamah ketepi hukuman terhadap Suhaili

KOTA KINABALU 27 Sept. - Mahkamah Tinggi hari ini mengetepikan hukuman denda RM10,000 atau penjara enam bulan terhadap bekas anggota Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman kerana gagal memaklumkan statusnya yang muflis kepada pihak bank 14 tahun lepas ketika menjadi penjamin dalam satu permohonan pinjaman perumahan.

Pesuruhjaya Kehakiman Stephen Chung membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Suhaili, 49, terhadap sabitan dan hukuman terhadapnya yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 10 Mac lepas.

Dalam penghakimannya, Chung berkata, bekas wakil rakyat itu dijadikan mangsa apabila didakwa setelah sekian lama dia bebas daripada status muflis iaitu pada 1997.

Hakim Mahkamah Sesyen Duncan Sikodol menjatuhkan hukuman itu selepas Suhaili mengaku bersalah terhadap pertuduhan alternatif iaitu gagal memaklumkan Malayan Banking Bhd. bahawa dia seorang muflis pada 3 April 1996, ketika menjadi penjamin dalam borang permohonan pinjaman perumahan sebanyak RM110,000 dan kemudahan overdraf sebanyak RM50,000 oleh syarikat Saraequity Sdn. Bhd., untuk membeli sebuah apartmen di Api-Api Centre di sini. - Bernama

27/09/2010 6:39pm
Gagak... Kebenaran akhirnya terbukti jua.. semoga berita ini akan menguatkan lagi parti bangsaKu di bumi Labuan......News ni Gagak copy dari Utusan Online...

Tiada ulasan: