Sabtu, 18 September 2010

Kita Masih Selesa & Mereka Semakin Kuat !

Dalam banyak-banyak ucapan selamat hari raya di Labuan... kain rentang yang satu ini agak menarik perhatian. Ianya adalah kerana jarang sekali warga Labuan dapat menyaksikan wajah pemimpin dari parti ini di bumi Labuan kecuali pada musim pilihanraya. Namun aidilfitri pada tahun ini mereka merakamkan ucapan Selamat Menyembut Hari Raya kepada umat Islam dan ahli-ahli serta penyokong mereka di Pulau Labuan.
Dalam tiga PRU yang lalu calon mereka bertanding menentang Calon BN di kerusi P 166 Labuan. Daripada ketiga-tiga pertarungan tersebut calon mereka kalah teruk dalam PRU ke 12 yang lalu. Ramai orang cakap mereka kalah teruk dalam PRU ke 12, pasal ada calon Bebas yang mewakili kumpulan pengundi menoriti.
Kewujudan kain rentang ini juga jelas memperlihatkan pemimpin parti ini di Labuan sudah memulakan langkah untuk memperkukuhkan imej mereka di kalangan orang Melayu Labuan untuk PRU ke 13 nanti. Pastinya mereka telah ada satu perancangan yang rapi dan plan stretagi yang mantap bagi berhadapan dengan BN pada PRU ke 13 di kerusi P 166 Labuan. Ini kerana PRU ke 13 mereka tidak bersendirian berhadapan dengan BN di kerusi P 166 Labuan. Mereka pasti akan mendapat sokongan daripada rakan mereka dengan nama Pakatan Rakyat. Satu daripada parti tersebut telah pun bertapak di Labuan manakala yang satu lagi sedang mengumpul nama untuk mencukupkan jumlah bilangan cawangan dan ahli supaya Labuan menjadi satu bahagian.
Persoalannya adakah kita masih selesa dan membiarkan mereka mendahului dalam perancangan dan stretagi menghadapi PRU ke 13 nanti ?......
Gagak.. selalu singgah di blog mereka, menjenguk kalau-kalau ada isu Labuan yang tercatat... Blog mereka diuruskan di Kuala Lumpur.. ada la satu dua isu Labuan.. tapi yang pasti ialah usaha mengutip sumbangan untuk kegiatan dan kempen mereka di Labuan....

Tiada ulasan: