Selasa, 11 Mei 2010

PIALA THOMAS - MALAYSIA OH MALAYSIA...

Belum lagi jumpa Tembok China lawan semangat Ninja dan Semurai Jepun pahlawan Melayu sudah tumbang. Seperti biasa pasukan Malaysia gagah pada suara dan kata-kata tapi bila turun padang hanya satu dua orang pemain sahaja yang berjuang bermati-matian untuk negara yang selebihnya macam makan angin sahaja.

Peminat sudah lebih dari cukup, siap menyanyikan lagu-lagu semangat lagi, baju peminat pun seragam gila.. tepukan jangan cerita bergegar stadium..tapi apa yang mereka dapat ialah suara habis, tangan sakit dan yang lebih teruk lagi hati pun sakti tengok aksi pemain yang longlai tidak bermaya...

Gagak bukanlah orang yang layak memberi komen pasal teknik permainan Badminton, tapi kalau aksi yang sama disajikan Gagak rasa tidak perlulah bermimpi di siang hari.. Denmark, Korea, Indonesia, China bukannya calang-calang pasukan, kalau dibandingkan dengan Jepun...

Semangat berjuang untuk maruah negara tu amat penting dalam perjungan.. tapi orang Malaysia ni sentiasa kurang semangat jadi cepat hilang tumpuan.. Malaysia Oh Malaysia...


1 ulasan:

vajiravuth berkata...

pemain malaysia terlalu dmanjakan dgn usin.....payah....kan di indik baru mengrati kali