Khamis, 13 Mei 2010

106 MURID DI KUARANTIN DI ASRAMA SMS LABUAN

Seramai 106 murid di Sekolah Menengah Sains Labuan telah di kuarantin bermula semalam. Mereka diasingkan daripada murid-murid yang lain kerana demam selsema. Menurut sumber, pasukan dari Jabatan Kesihatan Labuan sentiasa membuat pemeriksaan sebagai langkah pencegahan.

Khabar angin dan cerita di kalangan masyarakat setempat bahawa ini adalah kes H1N1 adalah tidak tepat. Ini kerana hanya Pengarah Jabatan Kesihatan sahaja yang mempunyai kuasa untuk membuat pengumuman jika ada kes H1N1 di Labuan. Maklumat terkini boleh diperolehi di Facebook Sekolah Menengah Sains Labuan.

Gagak ...Rakan-rakan Media boleh dapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini.. U all tahu siapakan dihubungi..



Tiada ulasan: