Rabu, 21 April 2010

LISC 2010 - JOM DATANG LABUAN 26 APRIL HINGGA 3 MEI NI..

Labuan Intenational Sea Challenge 2010 ( LISC 2010 ) akan berlangsung pada 26 April hingga 3 Mei 2010. Dengan usia yang mencecah ke angka 10 tahun, pastinya LISC 2010 akan lebih meriah berbanding tahun lepas.

LISC 2010 khabarnya juga merupakan ujian kepada Unit Pelancongan Perbadanan Labuan yang menjadi badan induk yang mengelolakan LISC pada tahun ini. Kalau tahun 2009, LISC dikelolakan oleh Majlis Pelancongan Labuan yang sudah dibubarkan dan digantikan dengan Pejabat Pelancongan Labuan.

LISC sebenarnya amat popular di kalangan peminat sukan air khususnya rakan-rakan di kawasan berhampiran dengan Pulau Labuan. Dan pastinya Labuan akan dibanjir oleh pelancong dalam dan luar negara sepanjang tempoh LISC berlangsung.

Buat rakan-rakan Gagak yang sering bertanyakan perihal LISC 2010, inilah masanya untuk membuat tempahan hotel, tiket perjalanan dan sebagainya untuk datang ke Labuan kerana LISC 2010 pasti meriah. Pelbagai acara menarik dan hadiah menarik menanti anda...

Gagak.. ada juga dengar keluhan rakan-rakan yang terlibat mengelolakan acara LISC pada tahun ini kurang yakin dengan badan induk LISC 2010 tidak sehebat pegawai pada tahun lalu.. mampukah LISC 2010 mengatasi LISC 2009.. sama-sama kita nantikan...


Tiada ulasan: