Ahad, 18 April 2010

KEMALANGAN MAUT DI LABUAN - DI MANA PUNCANYA ?...

Kemalangan Maut semalam di jalan Pohon Batu -
Gambar Jainudin Newsabahtimes..

Kekerapan kemalangan maut di Labuan kebelakangan ini agak mengejutkan ramai pihak. Selama ini ramai orang berkata jalanraya di Labuan adalah yang paling selamat. Namun tanggapan itu semakin tersasar...

Persoalannya, bagaimana kemalangan maut boleh berlaku di jalanraya yang hanya memerlukan perjalanan sekitar 30 minit dengan pemanduan sekitar 80kmsj.

Ada dua pendapat yang Gagak mahu kongsikan dengan rakan-rakan dalam menjawap persoalan di atas...

Yang pertama.. seorang pesara guru yang Gagak temui berkata begini.. " kalau siang jalan raya di Labuan memanglah tidak rata, lobang sana sini tapi kalau malam boleh jadi rata sama lurus pasal sudah jumpa botol...pasal di Labuan ni minuman kerasnya sama harga dengan minuman yang tidak keras... " beliau merasakan sudah tiba masanya untuk pihak berkuasa tempatan membetulkan jumlah pusat hiburan yang seharusnya beroperasi di Pulau Labuan. Masalah pusat hiburan yang beroperasi lebih masa dan lebih teruk lagi ialah terdapat pusat hiburan yang tidak mendapat permit untuk beroperasi sebagai pusat hiburan. Perkara ini bukanlah asing bagi orang Labuan... masalahnya siapakah yang bertanggungjawab terhadap perkara ini...

Yang kedua... jalan raya di Labuan memang teruk.. hakikatnya diakui oleh ramai pengguna dan pemandu di Labuan. Contohnya, Jalan Tun Mustapha yang menjadi antara laluan utama warga kampung ke bandar Labuan masih berlobang di sana sini hasil daripada usaha kerajaan menaiktarafkan kemudahan di sepanjang jalan tersebut. Berpuluh-puluh kali sudah dibetulkan tetapi yang hairan dan ajaibnya tu, setiap kali dibetulkan pasti ada saja projek korek mengorek yang dilakukan selepas itu..

Apa pun.. sebagai rakyat kita serahkan kepada pihak berkuasa menyelesaikan perkara ini dengan harapan pihak berkuasa melaksanakan tanggungjawab dengan jujur, telus dan amanah selaras dengan slogan " Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan "
Gagak.. buat rakan-rakan yang ingin menjana pendapatan dengan web mungkin maklumat di sini ( Rahsia Flippa ) boleh membantu anda..

Tiada ulasan: