Rabu, 4 November 2009

PAK DIN Pengerusi Persatuan Media Labuan 2010

Pak Din menyampikan Cendermata Kenangan Kepada Penasihat
Persatuan Media Labuan Tn. Hj. Mohd. taib Ubah Pengarah Penerangan Labuan

Jainudin Djimin atau lebih dikenali sebagai Pak Din dikalangan media tempatan Labuan, terus diberi kepercayaan untuk menerajui Persatuan Media Labuan. Pak Din merupakan kalangan pengamal media di Labuan yang aktif membuat liputan kejadian, peristiwa dan perkembangan semasa di Labuan. Laporan dan penulisan beliau boleh dibaca melalui akhbar New Sabah Times hampir setiap hari.

Pak Din Mempengerusikan Mesyuarat Persatuan Media Labuan


Persatuan Media Labuan menjadi tempat bernaung pengamal-pengamal media Labuan. Terdapat hampir 20 orang pengamal media yang aktif di Labuan. Antaranya ialah Daily Express, Asia Times, Overseas Chinese Daily, United Daily News, New Sabah Times, See Hua Daily News, Utusan Borneo, BERNAMA. Turut sama bernaung dibawah Persatuan Media Labuan ialah Jabatan Penerangan dan Jabatan Penyiaran.

Gagak :... Semoga Persatuan Media Labuan terus mendapat perhatian... Gambar ini dikirimkan oleh C Gagak Tambuakar... TQ.

1 ulasan:

labuankini berkata...

tahniah buat pak din.