Sabtu, 31 Oktober 2009

Tangani Isu Alam Sekitar.. JAS tanam 100 Bakau Minyak Di Sg. Kinabenuwa Labuan

Rakan Alam Sekitar Peringkat W.P Labuan telah dilancarkan pada hari Sabtu 31 Oktober 2009. Sempena dengan itu, Jabatan Alam Sekita Labuan ( JAS ) telah menanam 100 pokok bakau jenis Rhizophora Apiculata ( Bakau Minyak ) di Sungai Kinabenuwa.

Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar adalah penting untuk keseimbangan alam. Kesimbangan alam bermaksud keadaan di mana interaksi antara organisma dengan alam sekitar. Untuk mencapai keseimbangan alam, peranan kitar semulajadi amatlah penting. Antara kitar semulajadi itu ialah Kitar Karbon, Kitar Nitrogen dan Kitar Air. Kesemua kitar semuajadi ini membolehkan organisma terus hidup dan beranak termasuklah Manusia.

Antara Isu Alam Sekitar yang sering dibahaskan ialah Isu Pemanasan Global atau Global Warming dimana suhu bumi kita meningkat akibat daripada peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera. Gas ini memerangkap haba dan menyebabkan suhu di bumi meningkat. Fenomena ini juga dikenali sebagai " kesan Rumah Hijau " atau Green House Effect.

Kita perlu sama-sama bertanggungjawab untuk mengurus, memelihara dan memulihara sumber alam yang terhad khususnya di bumi Pulau Labuan ini. Sesungguhnya kehidupan kita akan lebih sejehtera jika kita hidup dalam alam sekitar yang bersih dan sihat.

Gagak :- Satu hari nanti Gagak mahu tulis pasal nasib Monyet-Monyet di Bumi Labuan yang tidak terbela kerana kerakusan Manusia memajukan Bumi Labuan.. Bahan ini di-emailkan oleh C Gagak Putih.. TQ.

Tiada ulasan: