Khamis, 17 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Team Bicaragagak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Rakan Semua ,

Beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan Syawal dan dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin dari saya sekeluarga, serta krew bicaragagak & warga kerja Citra Gergitan Labuan.

Di bulan mulia ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda selama ini pada usaha di blog bicaragagak ini. Di waktu kegembiraan ini, kita juga perlu mengingati pada mereka yang dalam kesusahan, perbanyakkan pemberian kerana harta tidak akan berkurang apabila anda bersedekah dan berzakat.

Syawal pastinya membawa kegembiraan. Namun begitu kita perlu tahu kenapa kita gembira dengan kedatangan Syawal. Adakah kita gembira kerana Ramadhan telah berlalu pergi atau kita gembira dengan usaha, penat lelah kita sepanjang bulan Ramadhan ini. Orang yang tidak tahu punca kegembiraannya ialah orang GILA.

"Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu berkurangan apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan" ~ Saidina Ali bin Abi Talib


Salam Aidilfitri ! - GAGAK LA

2 ulasan:

kelupis berkata...

Salam Aidilfitri utk team bicara gagak & seluruh rakan pengunjung blok ini. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin!

Gagak berkata...

Selamat Hari raya Kelupis @ Dorayakie.. he he he