Selasa, 29 September 2009

Musim Buah Di Sipitang !


29 Sept.2009 - Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi daerah Sipitang pada tahun ini turut dimeriahkan dengan lembakan buah-buahan tempatan. Musim buah di Sipitang sudah pun bermula dari awal bulan September 2009 yang lalu.

Pada tengahari ini, selepas menghabiskan cuti hari raya di Kota Kinabalu, Gagak sekeluarga singgah bermalam di Sipitang sebelum balik ke Labuan esok. Sampai sahaja di pekan Sipitang Gagak dibawah melawat ke bebarapa kawasan di daerah Sipitang untuk meninjau kemeriahan musim buah di sini. Antara kawasan yang dilawati ialah Sandumin, Sipitang Pantai, Naluyan dan pekan Masapol. Sepanjang perjalanan ada sahaja gerai buah-buahan wujud di tepi jalan.

Esok Rabu adalah tamu mingguan di sini. Rakan Gagak cakap esok adalah hari yang paling sesuai untuk berkunjung ke sini untuk mendapatkan buah-buahan pada harga yang cukup murah. Antara buah yang menjadi tumpuan pengunjung ialah Durian pelbagai jenis, Langsat, Rambutan, Membangan dan Cempedak. Menurut rakan Gagak, kebiasaanya penjual akan melelong buah-buahan mereka menjelang senja. Inilah waktu yang paling sesuai untuk mendapatkan harga yang murah di sini.
Rumah Rehat Sipitang .. kami menginap di sini harga dalam RM 80/- saja

Tinjuan Gagak mendapati daerah Sipitang merupakan laluan utama bagi rakyat Negara Brunei Darulsalam ke Bandaraya Kota Kinabalu. Mereka ini adalah pelanggan utama penjual buah-buahan disini.





Semua buah ni pemberian saudara mara di Sipitang...
tapi budak-budak tidak boleh makan banyak nanti demam..

Tiada ulasan: