Sabtu, 8 Ogos 2009

Tahniah !! PEMUDA UMNO LABUAN....

Dato' Razali Ibrahim, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia
disembut oleh barisan kepimpinan Pemuda UMNO Labuan



8 Ogos 2009 ( Sabtu ) - Menegak bulu ruma gagak bila melihat Ketua Pemuda Labuan, Saudara Mohd Rafi berucap buat pertama kalinya. Terbukti Ketua Pemuda Bahagian Labuan ini bukan sebarangan orang. Ada aura dan darah pemimpin yang tersembunyi dalam diri Mohd. Rafi. Bukan mahu memuji, tetapi selama lebih kurang 38 tahun perjalanan hidup ini mencari pemimpin hanya dua orang yang telah menegakkan bulu ruma gagak, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila pertama kali bertemu dengan beliau dalam perhimpunan Agung UMNO 2003 dan yang ke dua ialah pada Pilihanraya UMUM ke 12 yang lalu apabila bertemu dengan Anwar Ibrahim di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Terbukti kedua-dua pemimpin ini ada aura kepimpinan yang dipinjamkan oleh pencipta dalam diri mereka. Saudara Rafi adalah orang ketiga..

Siapa yang pernah menghargai seniornya ? Mohd Rafi...


Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Labuan seperti ada yang tersirat dan tersurat didalamnya. Selalunya UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri akan bersidang serentak. Mungkin ada kelainan pada kali ini ? Apapun Pemuda Labuan membuktikan mereka mampu berdiri sendiri.


Sesungguhnya Pemuda Labuan cukup bertuah apabila memiliki seorang pemimpin yang bersemangat, berani dan memiliki kekuatan ekonomi. Namun begitu kekuatan seorang ketua amat bergantung kepada ahli-ahlinya. Rasanya ada rasionalnya cadangan seorang rakan agar kepimpinan pemuda Labuan merencana rancangan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk kempen setia kepada pemimpin/ketua. Kerana dalam UMNO politik KETAM sudah menjadi budaya. Bukan lawan yang menghancurkan kumpulan tapi sahabat atau kawan rapat yang menikam ketua kerana inginkan jawatan dan kedudukan.

Natijahnya, ramai orang yang ada cita-cita dan keinginan untuk menjadi pemimpin dan ketua dalam kumpulan. Bakat, ilmu pengetahuan dan kebolehan boleh diperolehi dengan cara belajar dan dilatih secara berterusan. Tetapi aura dan kewibawan seorang pemimpin hanya ada pada segelintir individu secara semulajadi. Pemimpin yang ada aura, kewibawaan, bakat, kebolehan dan ilmu pengetahuan adalah pemimpin yang sukar dicari. Pemimpin ini jika disokong pasti akan mampu membawa perubahan drastik kepada masyarakat khususnya generasi muda dan bumi Labuan ini.





Terima kasih Dato Razali.. jagan lupa usul Pemuda Labuan. Tukarkan pegawai kerajaan yang tidak mahu membantu orang Labuan untuk maju dan berikan lesen kelas F....Mohd Rafi..

Tiada ulasan: