Selasa, 4 Ogos 2009

H1N1 di Labuan....8 Positif 2 Sekolah di Tutup, 1 Sekolah dikurantin..

Guru Sekolah turut memakai penutup mulut & hidung sebagai langkah pencegahan.. seharusnya ibubapa dan pelajar perlu mencontohi..
Pagi ini di Paken 2.. Guru dan kakitangan Kesihatan..

Hari ini 3 sekolah di W.P Labuan terlibat dalam kes H1N1, 2 sekolah di tutup iaitu Sk. Pekan 2 ( 2 Positif) Sk. Pantai ( 2 Positif) manakala SMS Labuan ( 2 Positif ) dikurantin, 2 lagi ialah pelajar Kolej Matrikulasi Labuan.

Menurut sumber, kes ini adalah jangkitan tempatan. Jabatan Kesihatan Labuan menasihatkan agar warga Labuan mengutamakan kesihatan dalam kehidupan harian. Sepertimana yang kita sedia maklum, ketika ini tidak ada vaksin pencegahan yang ada hanyalah vaksin melawan yang hanya sesuai bagi individu yang positif sahaja. Jabatan Kesihatan juga menasihatkan kepada warga Labuan agar tidak panik dan takut. Jalani kehidupan seperti biasa.

Menurut sumber lagi, ada kemungkinan jumlah kes akan meningkat, ini adalah disebabkan sempal yang diambil di Labuan akan dihantar ke Kota Kinabalu untuk ujian. Kes yang disahkan positif adalah daripada 10 sample yang dihantar. masih ada sampel lagi yang belum mendapat keputusan.

Kelas seperti biasa.. tiada apa yang perlu digusarkan, hanya langkah pencegahan perlu ditingkatkan..

Ketika ini Labuan turut dilanda masalah jerabu yang berpunca daripada kebakaran yang berlaku di sebelah Sarawak dan Kalimantan. Mungkin inilah hikmah dan rahmat untuk orang labuan sempena ketibaan Bulan Rahmadan 1431 H yang bakal menjelang dalam tempoh kurang dari 3 minggu lagi.


Kesimpulannya, setiap dari kita perlu meningkatkan tahap penjagaan kesihatan. Ibubapa pula perlu memastikan kesihatan anak-anak.

Tiada ulasan: