Ahad, 30 Ogos 2009

Sambutan Hari Kemeredekaan Di Labuan.. Simple & Ringkas..

Sambutan Ke 52 Tahun Kemerdekaan Malaysia di Labuan, Simple & Ringkas. Tempoh sambutan hanya sekitar 60 minit atau 1 jam, selaras dengan ketetepan kerajaan. Sambutan di Labuan melibatkan seramai kira-kira 2 ribu orang di Dataran Labuan.

Datuk Hj. Yusof Hj. Mahal, Ahli Parlimen Labuan bersama dengan Datin Isfahsani Ishak.. kemuncak sambutan pada tahun ini ialah Perutusan Ahli Parlimen Labuan

Barisan Kontinjen yang mengambil bahagian terdiri daripada kalangan anggota keselamatan negara, kakitangan awam dan swasta, pertubuhan dan penduduk kampung. Hampir kesemuanya orang Melayu dan Bumiputera Sabah.. mana orang Cina dan India dalam sambutan ini...Gagak hairan.. kenapa golongan ini tidak terlibat, tidak dijemput untuk memeriahkan sambutan di peringkat Labuan. Golongan ini boleh memeriahkan sambutan, dan mereka ini jugalah bakal pewaris negara dan kemerdekaan ini...


Salam Kemerdekaan untuk semua... GAGAK

2 ulasan:

kelupis berkata...

Wahhh, meriah pula sambutan di sana ah? Puasa2 ni pun gagah jua lakat urang2 Labuan ni.Paling gagah si penulis blog.heheheee...(jgn mara ah?)Tahniah la kawanku. Lawa blog mu ani ada gaya jd YB.Amin!
Salam Merdeka untuk semua rakyat Malaysia, Salam 1 Malaysia!

Ramlen Salleh berkata...

Tq la Kelupis.. mcm kuih pula kau ani.. inda apa tah aku burung kau kuih.. he he he..
Singgah-singgah la selalu diblog gagak ni..
TQ sekali lagi..